Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Bunga cina permainan Cina, Mari dibungkus dengan kertas; Kalau saya bena tak bena, Hati di dalam haram tak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang serindit punai di Jawa, Permainan anak permaisuri; Pelepah jatuh pucuk ketawa, Pangkal juga menahan diri.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kain lama ditukar baru, Menanti kain dari kedai; Permainan kamek diulang baru, Sementara menanti orang yang pandai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kain batik dari seberang, Pakai anak Raja Surati; Wahai adik permainan abang, Tuan seorang penghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang ini pisang tanaman, Ditebang boleh disikat jangan; Budak ini budak permainan, Didekat boleh dipegang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak buluh di tepi sangkak, Buah pinang atas pagar; Minta maaf adik kakak, Permainan saya baru belajar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sirih kuning ganggangnya jelujur, Nak taruh bulan puasa; Putih kuning mukanya bujur, Nak taruh permainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas