Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.su.ri] | ڤرمايسوري

Definisi : 1. isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.su.ri] | ڤرمايسوري

Definisi : isteri kpd raja yg memerintah; raja perempuan; ratu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permaisuri (kata nama)
Bersinonim dengan isteri raja, maharani, raja perempuan, rani, ratu, sultanah, suri, tengku ampuan.,

Puisi
 

Rumah kecil alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak berhajat besar,
     Tidak saya sampai ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAISURI

Permaisuri lihat Anai-anai; Lebah; Semut

(Kehidupan dalam koloni); Serangga (Kehidupan

berkeluarga) .

UMUM 
ADELAIDE

Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan

pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini

dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide,

permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide

ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan,

dan kebudayaan yang paling penting di Australia

Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan

utama serta pusat pemungutan dan pengedaran

barang pembuatan di Australia Selatan.

UMUM 
NIOBE

Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang

terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas

kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja

Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin

dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah

mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak

lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak

perempuan yang cantik-cantik, dia berhak

dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya

mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis.

Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis

membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah.

Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian

anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan

dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi

batu yang mengeluarkan air seperti air mata.

Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di

bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang

kini ialah Turki.

UMUM 
SEKOLAH PERMAISURI

SEKOLAH PERMAISURI,   sekolah perempuan Melayu yang pertama semasa pemerintahan Brooke di Sarawak.  Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1894. Cadangan untuk membuka sekolah Melayu khusus untuk kanak-kanak perempuan pada mulanya memang mendapat tentangan daripada banyak pihak.  Prasangka terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan di kalangan masyarakat Melayu     ketika itu amat tebal, dan keadaan ini tidak mengizinkan mereka belajar membaca dan menulis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TUN TEJAPermaisuri Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka dan anak bendahara pahang Seri Buana, bergelar Seri Amar Bangsa Diraja Pahang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NEFERTITI

Nefertiti ialah permaisuri Mesir purba, isteri

kepada Akhenaton, seorang firaun (raja) yang

memerintah dari tahun 1367 hingga tahun 1350

S.M. Akhenaton ialah firaun pertama yang

mengajar monoteisme (kepercayaan terhadap satu

tuhan). Nefertiti menyokong kuat ajaran Akhenaton

dan membantunya dalam upacara agama yang

baru. Zaman pemerintahan Akhenaton dan

Nefertiti dikenali sebagai Revolusi Amarna kerana

mereka banyak melakukan perubahan dalam seni

lukisan, agama, dan amalan sosial.

UMUM 
MARIE ANTOINETTE

Marie Antoinette (1755–1793) ialah permaisuri

Perancis yang cantik yang dibunuh di gilotin

semasa Revolusi Perancis.

UMUM 
ANTIGONE

Antigone , dalam mitologi Yunani, ialah puteri Raja

Oedipus dan Permaisuri Jocasta, yang memerintah

Thebes. Oedipus secara tidak sedar membunuh

bapanya dan mengahwini ibunya. Apabila

menyedari apa yang telah dilakukannya, dia

membutakan matanya dan kemudiannya diusir dari

Thebes. Antigone menemani bapanya sebagai

pemandu semasa bapanya berada dalam buangan

(lihat Oedipus ).

UMUM 
ELEANOR OF AQUITAINE

Eleanor of Aquitaine (1122–1204) ialah

permaisuri Raja Louis VII dari Perancis dan

kemudiannya Raja Henry II dari England.

UMUM 
PERDANA MENTERI

Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua

negara – raja atau permaisuri di negara

pemerintahan beraja atau presiden di negara

republik – melantik perdana menteri. Di

kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh

melantik pemimpin parti yang mempunyai suara

majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan

campuran. Perdana menteri dan kabinet

bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini

bermakna perdana menteri dan Kabinet patut

meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan

menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem

ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet

(lihat Kabinet ).

UMUM 
12

Kembali ke atas