SAUNA | Sauna ialah sejenis permandian khas untuk membersihkan badan dan bersantai. Ia mengeluarkan peluh melalui kaedah wap. Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun. Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat peranginan. | UMUM | |
AVON | Avon ialah kaunti di barat daya England. Ia wujud dari tahun 1974 hingga 1996. Kaunti ini termasuk bandar pelabuhan bersejarah di Bristol dan merupakan bahagian selatan Gloucestershire dan bahagian utara Somerset. Bandar Bath yang indah terletak di kawasan ini. Seni bina teresnya dan permandian Rom telah menjadikannya terkenal sebagai tempat pelancongan. Sungai Avon, yang darinya kaunti ini mendapat namanya, mengalir melalui bahagian tengah kawasan ini. Ia memotong laluan yang menakjubkan di Clifton Gorge. Terentang di tengah gaung ialah Jambatan Gantung Clifton, yang direka oleh Isambard Kingdom Brunel dan telah disiapkan pada tahun 1864. | UMUM | |
SKOPJE | Skopje (pend. 503 449) ialah ibu negara Macedonia, negara yang terletak di tenggara Eropah. Skopje terletak di utara Macedonia, di sepanjang Sungai Vardar (lihat Macedonia [peta]). Kira-kira 80 peratus daripada bandar tersebut musnah atau mengalami kerosakan akibat gempa bumi pada tahun 1963. Bandar tersebut dibina semula dengan binaan tahan gempa bumi. Antara struktur tinggalan zaman lampau termasuk bandar berkubu purba, permandian Turki, dan masjid. | UMUM | |