Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ro.ko/] | ڤروکوق

Definisi : (orang yg) banyak atau kuat meng­hisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ro.ko/] | ڤروکوق

Definisi : orang yg banyak menghisap rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perokok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang lebih tepat bagi "secondhand smoke", iaitu asap yang dikeluarkan oleh perokok. Saya terjumpa beberapa penggunaan seperti asap rokok basi dan asap rokok sekunder. Manakah yang lebih sesuai? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah asap rokok sekunder.Istilah14.09.2016
KENAPA "JEJAK LANGKAH" TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? CONTOH AYAT: Mak Enon sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya mengikut "jejak langkah" suaminya yang memang perokok tegar?Perkataan "jejak langkah" boleh digunakan kerana ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mengikut jejak. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat yang diberi adalah betul.Lain-lain23.07.2007
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan yang sesuai untuk perkataan ini dalam Bahasa Melayu 1. Push Notification 2. Social Drinker 3. Heavy Drinker 4. Heavy Smoker 5.Religiosity 6. Description 7. Moderated ContentCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:

1. Push notification - Pemberitahuan automatik
2. Social drinker - Peminum sosial
3. Heavy drinker - Peminum tegar
4. Heavy smoker - Perokok tegar
5. Religiosity - Kewarakan; kesalihan
6. Description - Perihalan
7. Moderated content - Kandungan sederhana
Penyemakan dan penterjemahan25.08.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) latchkey children; (2) passive smoker. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah yang dikemukakan. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud yang diberikan untuk "latchkey child" ialah budak yang pegang kunci rumah (sendiri). Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "passive smoker" ialah perokok pasif.Istilah13.11.2014

Kembali ke atas