Adakah perbezaan antara 'perorangan' dan 'perseorangan' ?sebagai contoh, komunikasi perseorangan @ komunikasi perorangan. Terima kasih. | "Perorangan" merujuk kepada perihal orang seorang dan selalunya digunakan dalam karya kreatif. Contoh, sajak ini menyiarkan teknik perorangan bagi menghidupkan perasaan manusia. "Perseorangan" pula merujuk kepada cara berseorang-seorang, tidak secara berkumpulan atau melibatkan orang lain. Oleh itu, perkataan yang betul ialah " komunikasi perseorangan".
| Makna | 25.07.2020 |
Adakah perkataan 'interpersonal' wujud dalam bahasa melayu? Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'interpersonal relations'? 'Hubungan interpersonal' atau 'Hubungan antara perorangan'? | Interpersonal diterjemahkan kepada antara perseorangan, selain istilah interpersonal itu sendiri dikekalkan seperti dalam bidang perubatan, sosiologi dan komunikasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2014 |
apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonal | Kemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS. | Lain-lain | 08.01.2008 |
Dalam penulisan, utk rujukan ada istilah bahasa inggeris yang digunakan iaitu pers. comm (personal communication). sebagai contoh, "Terdapat banyak kejadian mencuri di Ipoh (Azmi, pers.comm.). Kalau dalam bahasa Melayu, apakah istilah yang patut digunakan? terima kasih | Cadangan terjemahan ialah komunikasi perorangan. | Istilah | 29.04.2008 |