terbitan | derivative | Perubahan sesuatu fungsi apabila inputnya mengalami perubahan. Contohnya, jika f(x) = x4, maka f (x) = 4x³. | Menengah Atas |
pembesaran | enlargement | Penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu dan mempunyai pusat atau titik tetap. | Menengah Atas |
pembesaran | enlargement | Transformasi @ penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tokok | increase | Perubahan sesuatu menjadi lebih besar dari segi saiz, amaun atau nilai. | Menengah Atas |
rencatan | retardation | Perubahan daripada halaju yang lebih tinggi kepada halaju yang lebih rendah. | Menengah Rendah |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan). | Menengah Atas |
halaju | velocity | Kadar perubahan jarak objek pada arah tertentu sesaran terhadap masa. | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju sesuatu objek. Bagi halaju bertambah, pecutannya positif, manakala bagi halaju mengurang, pecutannya negatif. | Menengah Rendah |
kadar | rate | Hubungan yang menunjukkan perubahan suatu kuantiti terhadap suatu kuantiti yang lain. | Menengah Rendah |
pembezaan | differentiation | Satu ukuran yang menerangkan bagaimana perubahan pemboleh ubah tak bersandar (fungsi y atau f(x) ) apabila pemboleh ubah bersandarnya (x) berubah. Simbol yang digunakan ialah atau f'(x). | Menengah Atas |