biokimia | biochemistry | Kajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain. | Menengah Atas |
perubahan fizikal | physical change | Proses perubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan. Perubahan fizikal pada sesuatu bahan tidak akan mengubahkan keadaan kimianya. Contohnya, perubahan air kepada ketulan ais. | Menengah Rendah |
perubahan tenaga | energy change | Proses menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. | Menengah Rendah |
perubahan fizikal | physical change | Perubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan. | Menengah Atas |
perubahan tenaga | transformation of energy | Proses penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Contohnya, perubahan tenaga pada lilin yang sedang menyala. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
prinsip keabadian jisim | law of conservation of mass | Prinsip yang menyatakan bahawa jumlah jisim bahan sebelum berlakunya perubahan kimia, iaitu bahan tindak balas, adalah sama dengan jumlah jisim bahan sesudah berlakunya perubahan kimia, iaitu hasil tindak balas. | Menengah Atas |
tekanan atmosfera | atmospheric pressure | Tekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan alat barometer atau barograf. Perubahan tekanan atmosfera memberikan petunjuk tentang perubahan cuaca. | Menengah Rendah |
rangsangan | stimulus | Perubahan persekitaran yang dikesan oleh organisma dengan menghasilkan gerak balas terhadapnya. | Menengah Rendah |
pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |