Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ti] | ڤتي

Definisi : sj kotak yg besar dan bertutup (dibuat drpd kayu dll); ~ besi peti yg kukuh drpd besi tempat menyim­pan barang-barang berharga; ~ gewang sj peti yg dihiasai dgn intan permata (mutiara dll); ~ jenazah (mati, mayat) peti utk menanam orang mati, keranda; ~ (me)nyanyi = ~ bicara (ngomong) bp mesin bicara, gramofon; ~ pekak = ~ wang peti (tabung) tempat menyim­pan wang; ~ radio radio; ~ sejuk = ~ ais (air batu) peti penyejuk utk menyimpan sayur­-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; ~ suara bahagian kerongkong tempat menge­luarkan suara; ~ surat peti (kotak) tempat surat (bernombor dan ditempatkan di pejabat pos); ~ undi peti berkunci dan bermeterai tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah memangkah calon pilihan masing­-masing dlm sesuatu pilihan raya dll; berpeti-peti beberapa buah peti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti] | ڤتي

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, Ostracon spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti] | ڤتي

Definisi : kotak bertutup yg dibuat drpd besi atau kayu. ~ besi peti drpd besi biasanya tempat menyimpan wang. ~ mati a. tempat menyimpan duit yg sukar hendak dikeluarkan duitnya. b. = ~ jenazah (mayat) peti panjang tempat meletakkan jenazah. ~ nyanyi mesin tempat memainkan piring-piring hitam. ~ sejuk (ais, air batu) alat penyejuk tempat menyimpan makanan dan minuman supaya tahan lama dll. ~ suara bahagian dlm kerongkong tempat mengeluarkan suara. ~ surat a. peti bernombor di pejabat pos tempat menerima surat dll. b. peti tempat memasukkan surat dsb yg hendak dikirim. ~ undi peti yg berkunci dan dimeterai, tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah mengundi dlm sesuatu pilihan raya dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,