Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.gam] | ڤياݢم

Definisi : 1. surat rasmi yg menyatakan pem­berian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.gam] | ڤياݢم

Definisi : 1 surat rasmi yg menyatakan hal pemberian hak, tanah dll. 2 surat rasmi yg pdnya tercatat persetujuan mengenai sesuatu dasar antara pihak-pihak tertentu: ~ Bangsa-Bangsa Bersatu ditandatangani dan diluluskan oleh wakil dr 50 buah negara pd 24 Oktober 1945. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
piagam (kata nama)
Bersinonim dengan carter, perlembagaan, peraturan, undang-undang, hukum, ketetapan, ketentuan.,