Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : ; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, men­jebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik­-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya; pikatan burung (orang dll) yg telah dipikat; pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat: pepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~; pemikat 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : sj lalat besar yg mengerumuni (kerbau, lembu, dll), langau; pening ~ pening yg tidak kuat; spt ~ kehilangan mata prb bingung tidak tentu arah (kehilangan akal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : ; memikat 1 menangkap burung dll dgn menggunakan burung yg jinak sbg denak: Ketika di kampung dahulu, saya suka benar ~ burung serindit bersama kawan-kawan. 2 melakukan sesuatu utk menarik minat atau utk menarik hati orang: Dia berjaya ~ gadis yg dicintainya itu. terpikat telah dipikat; tertarik hatinya: Setiap perempuan yg terpandang kpdnya akan ~. pemikat 1 orang yg memikat: ~ burung. 2 burung dll yg digunakan utk memikat; denak; umpan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : lalat besar yg biasanya mengerumuni lembu atau kerbau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Encik Mat memikat tekukur,
     Pikat mari Tanjung Jati;
Lautan besar pulau bertabur,
     Siapa tengok bersayu hati sayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan untuk punchline. Banyak digunakan oleh juri bila memberi komen .Terima kasihMengikut Kamus Dewan punch-line ialah bahagian yang melucukan dan mengikut data kami padanan yang diberikan dalam istilah ialah kata pikat.Istilah21.01.2015
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "pick up artist" yang merujuk kepada A person who has committed himself/herself to studying and applying the art of pickup and seduction. Terima kasihTiada maklumat tentang pick up artist dalam pangkalan data kami. DBP telah memperkenalkan istilah "kata pikat" bagi padanan pick up line. Tiada maklumat lain berkaitan kata pick up.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2017
Salam sejahtera tuan, adakah tertarik dengan berbeza dengan terpikat oleh? Bolehkan tuan berikan contoh untuk membezakan kedua-dua frasa tersebut? Terima kasih.Berikut ialah maksud perkataan tertarik, terpikat dan dengan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

tertarik: kiasan berasa suka (ingin dan lain-lain) kepada, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh
terpikat: kena pikat, tertarik (hati)
dengan: oleh, kerana, atas

Oleh itu, perkataan tertarik dengan, tertarik oleh, terpikat dengan dan terpikat oleh mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan bertukar ganti mengikut kesesuaian konteks ayat.
Makna20.08.2021

Kembali ke atas