Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pilihan raya yg diadakan utk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, merujuk kepada maklumbalas DBP berkenaan dengan penggunaan huruf besar bagi "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "ahagian pilihan raya negeri" pada 08.09.2017, jawapan yang diberikan oleh DBP adalah "Bahagian Pilihan raya Persekutuan" dan "Bahagian Pilihan raya Negeri" iaitu perkataan "bahagian", "pilihan", "persekutuan" dan "negeri" adalah dimulakan dengan huruf besar, namun perkataan "raya" dimulakan dengan huruf kecil digunakan sedangkan ia merupakan nama penuh bagi entiti tersebut. Bolehkah DBP memperjelaskan hal ini?Ejaan yang betul ialah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri. Berkemungkinan berlaku kesilapan ejaan dalam jawapan sebelum ini.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
Assalamualaikum Tuan / Puan, saya ingin membuat pertanyaan mengenai "tagline" kempen pengiklanan kami sedang cadangkan ke pihak pelanggan kami Coway. Kami ingin membuat pertanyaan sama ada 3 pilihan "tagline" di bawah bahasanya betul dan boleh diguna untuk pengiklanan. • Option 1: Lembaran Baru Lebaran • Option 2: Biasakan Yang Betul • Option 3: Hari Raya Biar Betul Maklumbalas dari pihak Tuan/ Puan dalam masa terdekat amat dihargai. Terima Kasih

Berikut cadangan daripada pihak kami:

  1.  Lembaran Baru Lebaran.
  2. Biasakan yang Betu.l (perkataan “yang” dieja dengan huruf kecil)
  3. Hari Raya, Pasti Jadi.

Lain-lain13.02.2023

Kembali ke atas