Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (ter­letak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, menge­tepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana di­anggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan ter­pinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang ber­pengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesamping­kan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : bahagian tepi sesuatu: ~ jalan; ~ laut. pinggiran (sesuatu) yg terletak di pinggir: tanah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinggir
Kata Terbitan : pinggiran, berpinggir, meminggir,

Puisi
 

Hari-hari mengetah tekukur,
     Tekukur banyak di pinggir desa;
Kukur apa pada kukur,
     Nyiur jugalah yang akan binasa.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI

Geomorfologi pinggir pantai. Kajian terhadap bentuk muka bumi dan proses yang membentuk serta mempengaruhi perkembangan sesuatu bentuk muka bumi di kawasan pinggir pantai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
TERUMBU PINGGIRPentas tidak rata di pinggir dasar laut berhampiran tanah besar atau pulau.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PINGGIR BENUAZon peralihan di antara benua dengan laut dalam yang biasanya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pentas benua, cerun benua dan cangkat benua. Pinggir benua merupakan salah satu daripada tiga ciri topografi dasar lautan selain dasar lembangan lautan dan permatang lautan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
TASIK MACQUARIE

Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang

besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira

100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15

kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik

Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak

sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah

Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie

terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan

dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar

utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah

Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen

penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi

mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik

Macquarie sebuah tempat percutian popular yang

menyediakan kemudahan bermain bot dan

memancing yang sangat baik.

UMUM 
KANADA

Kanada ialah negara kedua terbesar di dunia,

dari segi keluasan selepas Rusia. Kanada

merentangi benua Amerika Utara, dari

Newfoundland di pinggir laut Atlantik hingga ke

British Columbia di pinggir laut Pasifik.

UMUM 
TERUMBU SAWARTerumbu penghalang yang terletak selari dengan pinggir pantai.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ENDERBY LAND

Enderby Land ialah kawasan yang terletak di

pinggir Antartika. Daerah ini meliputi kawasan

dari Teluk Ice hingga ke Teluk Edward VIII. Untuk

lokasi, lihat Antartika (peta).

UMUM 
EL ALAMEIN

El Alamein (pend. 980) ialah sebuah

perkampungan pinggir pantai di Mesir yang kira-kira

105 kilometer di sebelah barat Iskandariah.

UMUM 
SAMOS

Samos ialah pulau Yunani di Laut Aegean dan

dipisahkan dari pinggir laut Turki oleh Selat Samos

(lihat Greece [peta]). Samos meliputi kawasan

seluas 476 kilometer persegi dan mempunyai

penduduk seramai 31 629 orang. Ekonomi pulau ini

bergantung pada pelancongan, pembuatan wain,

dan pengeluaran keluaran hutan, tembakau serta

anggur. Pelabuhan Vathi ialah ibu kotanya. Samos

dahulunya merupakan sebahagian Yunani purba. Ia

merupakan sebahagian daripada Empayar

Uthmaniyyah dari pertengahan tahun 1400-an

hingga tahun 1913, apabila dituntut semula oleh

Greece selepas Perang Balkan Kedua.

UMUM 
SOMALIA

Somalia ialah negara paling timur di tanah besar

Afrika. Garis pinggir lautnya dari sepanjang Teluk

Aden dan Lautan Hindi membentuk sempadan luar

benua Afrika yang berbentuk seperti “tanduk”.

Somalia meliputi kawasan seluas lebih daripada

637 000 kilometer persegi. Untuk jumlah

penduduk Somalia, lihat jadual Fakta ringkas dalam

rencana ini.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas