Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1. cekap, pandai: datuk itu ~ orangnya; 2. banyak akal, cerdik, licin: orang yg kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas drpd kita; 3. mahir dlm membuat sesuatu pekerjaan: tukang-tukang gambar dan pelukis-pelukis yg ~; mereka sudah ~ membuat baju sendiri; memintarkan menjadikan pintar; terpintar tercekap, terpandai; kepintaran 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1 banyak akal lagi cerdik; pandai; bijak: Dia memang murid yg ~. 2 mahir melakukan sesuatu pekerjaan: Dia belum berapa ~ membaca. kepintaran 1 keadaan atau sifat pintar; kecerdikan; kecerdasan. 2 hal atau sifat mahir; kemahiran: ~nya menenun kain telah menarik perhatian pelancong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintar
Rujuk :pandai

Peribahasa

Sudah tua daripada kakak,
     sudah cerdik daripada mamak.

Bermaksud :

Sudah merasa dirinya telah pintar. mamak = abang atau adik lelaki ibu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intelligent agentagen pintarTeknologi MaklumatTiadaKadang kala dipanggil agen web. Agen pintar ialah atur cara yang melaksanakan beberapa perkara mengikut kehendak pengguna. Contohnya, menapis e-mel atau mencari tapak web yang diminati. Proses ini biasanya dibuat secara automatik berdasarkan permintaan pe
smart buildingbangunan pintarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBangunan yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuni bangunan tersebut mengawal semua aspek pengurusan bangunan dari lokasi pusat. Bangunan pintar mempunyai beberapa fungsi automatik seperti kawalan suhu dalam bangunan, pengimbangan serta penjimatan bekalan air dan elektrik, sistem kawalan kebakaran, dan kawalan serta pemantauan keselamatan.
ingeniouspintarPentadbiranTiadaTiada
giftedpintar cerdasPendidikanTiada

 Individu yang mempunyai kebolehan umum tahap tinggi atau mempunyai satu atau lebih bakat dan keistimewaan yang spesifik.

ingenious pupilmurid pintarPendidikanTiadaTiada
intelligent buildingbangunan pintarTeknologi MaklumatTiadaTiada
intelligent infrastructureprasarana pintarTeknologi MaklumatTiadaTiada
smart weaponsenjata pintarTeknologi MaklumatTiadaPeluru atau senjata lain yang menggunakan sistem bimbingan berkomputer untuk menentukan sasaran.
smart cardkad pintarTeknologi MaklumatTiadaKad yang mengandungi data yang dikod secara magnetik atau optik yang boleh ditukar.
smart citizenwarganegara pintarTeknologi MaklumatTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas