"Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia Dalam Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Bisnes Pintar Saya sedang membuat penerjamaan dari Eng to BM untuk iklan syarikat saya di KLIA. Boleh tolong semak atau bagi idea sikit tak? Jeff Wong jeffwong_604@yahoo.com | "Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia mencapai Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Perniagaan Pintar | Makna | 30.03.2020 |
Assalamualaikum, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah 'cross-platform'. Terima kasih | Padanan istilah bahasa Melayu bagi "cross platform" ialah platform silang. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.10.2015 |
satu platform atau sebuah platform | Ejaan yang betul ialah platform. | Ejaan | 26.04.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'platform' dan 'pelantar' kerana kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama. Oleh itu, untuk istilah "platform screen door", terjemahan apakah yang sesuai untuknya? Pintu skrin platform/pintu layar platform/pintu skrin pelantar/pintu layar pelantar?. Terima kasih. | Sila berikan contoh dalam penggunaan ayat yang lengkap supaya jawapan yang akan diberikan menepati maksud. | Lain-lain | 13.07.2017 |
Adakah perkataan "Platform" di dalam Bahasa Inggeris boleh dierjemahkan kepada Bahasa Melayu menjadi "Platfom". Jika tidak, apakah perkataan yang boleh menterjemahkan "Platform" kepada Bahas Melayu? | Untuk makluman puan, ejaan yang betul ialah platform. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my untuk semakan ejaan yang betul. | Ejaan | 11.09.2013 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi "synchronised ten-metre platform category" dalam acara terjun? Terima kasih. | Tiada data "synchronised ten-metre platform category". DBP mencadangkan “kategori platform 10 meter segerak” untuk bidang sukan terjun. | Istilah | 03.03.2014 |
adakah perkataan platform perlu ditulis secara italic? | Paltform telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan tidak perlu diiitalikkan ejaannya. | Ejaan | 12.06.2016 |
Mohon pencerahan bagi ejaan betul perkataan 'platform' dalam bahasa melayu | Ejaan yang betul ialah platform. | Ejaan | 29.11.2013 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi "individual ten-metre platform event" dalam acara terjun? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah acara platform 10 meter individu. | Istilah | 03.03.2014 |
Dalam papan tanda yang terdapat di stesen KTM, ejaan "platform" yang dipamirkan adalah "platfom". Tetapi, ejaan "platfom" tidak didapat dalam laman Carian Kata. Apakah ejaan yang sebenarnya? Bolehkah ejaan "platfom" diterima juga? | Terima kasih atas perhatian tuan. Ejaan sebenar ialah platform. | Ejaan | 23.03.2007 |