Mohon bertanya, bagaimanakah sebutan perkataan "plus" bila menyebut kata nama 4G plus dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. | Nama produk disebut seperti sebutan asal. | Lain-lain | 13.09.2017 |
Penggunaan ayat yang mana lebih tepat, 1 atau 2? 1) Transaksi tol 100% elektronik di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 2) Transaksi tol tanpa tunai (100% elektronik) di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 02.03.2017 |
Saya ada beberapa soalan seperti berikut; 1. Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "4G plus", dan "signal 4G"? Sekian, terima kasih | Nama produk dikekalkan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Kata umum perlu diterjemahkan, seperti "Isyarat 4G plus". | Penyemakan dan penterjemahan | 13.09.2017 |
Minuman kegemarannya ialah Cola, Soda dan 100 plus. Ayat ini oleh diterima? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
Mohon kelulusan input banner berikut : JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN | Permohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih
| Lain-lain | 08.06.2017 |
Mohon kelulusan input bunting berikut : Logo PTPTN Tabung Pendidikan JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN *Tertakluk pada terma dan syarat ** Gambar yang dipaparkan ialah ilustrasi sahaja ***PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumnya kepada pelanggan | Permohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih
| Istilah | 08.06.2017 |
Perkataan yang sesuai untuk 'swingarm' dalam Bahasa Melayu. contoh ayat dalam Bahasa Inggeris "I used the 2014 chassis for all the sessions plus the new swingarm" | Kami mencadangkan swingarm diterjemahkan kepada pangsi ayun. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2015 |
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di. | Tatabahasa | 25.10.2007 |
Salam, Apakah cara yang betul untuk menulis istilah 'lebuh raya' jika digabungkan dengan nama khasnya? Contoh: Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Utara-Selatan dan sebagainya. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah lebuh raya. Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). | Lain-lain | 02.09.2014 |
Bandar raya adalah kata majmuk yang dieja secara terpisah. Bagaimana kalau kata tersebut dijadikan kata nama khas. Bolehkah ia dieja secara rapat seperti Bandaraya Kuching atau ia masih dikategorikan SALAH. | Ejaan yang betul ialah bandar raya, lebuh raya dan kereta api. Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). | Lain-lain | 16.10.2014 |