Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.hon] | ڤوهون

Definisi : 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin; ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan; ~ angin awan (mendung) yg bergumpal-­gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluar­kan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga; ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walau­pun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut; pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutama­nya digunakan dlm karya sastera); pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan; pepohon pohon-pohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.hon] | ڤوهون

Definisi : ; memohon meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; memohonkan memintakan dgn halus (dgn hormat); ®mohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.hon] | ڤوهون

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan yg berbatang besar serta keras: ~ durian; ~ petai. 2 ki asal mula sesuatu perkara; pangkal; punca: ~ segala kejahatan asal mula segala kejahatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[po.hon] | ڤوهون

Definisi : ; memohon meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. pemohon orang yg memohon; peminta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pohon
Rujuk :pokok

Puisi
 

Pohon bendera pohon ketapang,
     Pohon kemboja melintang titi;
Anak dara dua sekupang,
     Kalau janda segantang padi.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Ikat boleh diubah,
     takuk bagaimana mengubahnya?

Bermaksud :

Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul dan gramatis ayat- ayat berikut ? 1. Dia memagari perkarangan rumahnya. 2. Pohon -pohon buluh memagari kawasan rumahnya. 3. Dia memagarkan pohon- pohon buluh di kawasan rumahnya.

Berdasarkan soalan, Ayat 2 dan 3 betul. 
 Berikut definisi dan contoh ayat agar lebih memahami penggunaan perkataan tersebut.

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa12.12.2012
1) Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat? 2) Adakah penggunaan terdapat dalam ayat berikut betul? "Kawasan rumah itu terdapat jalinan jalan raya yang sistematik." Terima kasih banyak-banyak!1. Untuk membentuk ayat yang gramatis, hanya satu kata ganda wujud dalam ayat tersebut. Penggunaan dua kata ganda menjadikannya lewah dan penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. Ayat yang gramatis ialah Pohon-pohon di taman itu tinggi belaka atau Pohon di taman itu tinggi-tinggi.
2. Penggunaan perkataan 'terdapat' dalam ayat tersebut betul, tetapi perlu ada kata sendi nama pada frasa 'Di kawasan rumah'.
Tatabahasa27.02.2012
Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat?Ayat yang gramatis ialah Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka kerana belaka bermaksud semuanya (semua pokok).Tatabahasa24.02.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih.Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu:
1. Batu ialah objek yang padu.
2. Beliau seorang pakar mata.
3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi.
4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu.
5. Pengali dalam 3x5 ialah 3.
6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung.
7. Ibu menyidai baju pada penyidai.
8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
9. Adik panas badan sejak malam tadi.
10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai.
Tatabahasa11.03.2013
1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?)Pepohon bermakna pohon-pohon.
Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul.  Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela.
Lain-lain22.07.2014
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan  pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. Makna07.06.2008
Pohon pencerahan mengenai penggunaan ayat tuan-tuan dan puan-puan di pertengehan ayat. T untuk Tuan dan P untuk Puan perlu huruf besar atau kecil.Penggunaan tuan-tuan dan puan-puan di tengah-tengah ayat boleh digunakan. Ejaan tuan atau puan pula perlu menggunakan huruf besar sekiranya di permulaan ayat, jika di tengah-tengah atau akhir ayat perlu menggunakan huruf kecil.Tatabahasa13.06.2019
Pohon nyatakan penggunaan bahasa yang betul untuk menggambarkan organisasi; Adakah 1. Program Pergigian 2. Program Kesihatan Pergigian atau 3. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Buat masa sekarang kami menggunakan- Program Kesihatan Pergigian. Terima kasihNama yang lebih tepat untuk menggambarkan organisasi ialah PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN (program - untuk menjelaskan aktiviti yang dilaksanakan)Lain-lain05.01.2018
Pohon translate dalam Bahasa Inggeris:- Bahagian Khidmat PengurusanPadanan bahasa Inggeris yang dicadangkan ialah Management Service Division.Istilah13.02.2017
Pohon penjelasan perbezaan antara perkataan kontrak dengan perjanjian.Kontrak bermaksud perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Manakala,
perjanjian bermaksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu.
Makna08.12.2015
12345678910...

Kembali ke atas