Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.két] | ڤوکيت

Definisi : (pokét) 1. kantung yg dijahit pd pakai­an (seluar, baju dsb) tempat menaruh sapu tangan, duit, dompet dsb, kocek, saku: seluarnya mempunyai banyak ~; 2. kantung pd pintu kereta, beg pakaian dsb; 3. beg jaring kecil pd meja biliard, meja snuker dsb tempat bola dimasukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.két] | ڤوکيت

Definisi : (pokét); ~ udara kawasan bertekanan rendah di ruang udara yg menyebabkan kapal terbang yg melaluinya terturun dgn tiba-tiba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.két] | ڤوکيت

Definisi : /pokét/ kantung yg dijahit pd pakaian (baju, seluar dsb) tempat menyimpan atau menaruh wang, sapu tangan dsb; kocek; saku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[po.két] | ڤوکيت

Definisi : /pokét/; ~ udara kawasan di ruang udara yg mempunyai tekanan rendah, yg menyebabkan kapal terbang yg melaluinya terturun dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poket


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009
'Salam, apakah terjemahan sesuai untuk kangaroo pocket" pada baju? Poket kanggaru atau dwipoket baju?Untuk makluman, padanan bagi perkataan kangroo pocket tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya perkataan tersebut dipadankan dengan perkataan poket kanggaru.Penyemakan dan penterjemahan12.12.2018
salam sejahtera, apakah padanan terjemahan bagi "pocket spring mattress"? adakah "tilam spring berpoket" atau "tilam spring poket"? terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "pocket spring mattress". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "spring mattress" yang padanan bahasa Melayunya ialah tilam spring atau tilam berspring. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "pocket spring mattress" ialah tilam spring poket.Istilah03.09.2013
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMATSoalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain07.10.2016
1. adakah penggunaan perkataan BIKIN di benarkan dalam bahasa iklan contoh ayat " poket selamat, wangian hebat bikin orang terpikat" 2. mohon mendapatkan garispanduan penggunaan bahasa dalam iklanBikin ialah bahasa percakapan dan penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Garis panduan menamai syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan, terbitan DBP.Tatabahasa15.11.2011
Soalan : Saya bercadang untuk mencetak stiker promosi penjimatan elektrik yang mana kebanyakannya dalam bahasa luar. Sukacita untuk nasihat penggunaan perkataan berikut: 1. JOM JIMAT ELEKTRIK 2. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 3. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM 4. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 5. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 6. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 7. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR UNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK. Gambar disertakan untuk tulisan merah. Yang warna hijau telah dikomen oleh pihak TuanUntuk pengesahan iklan, sila klik http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx dan ikuti panduan yang disediakan.Lain-lain21.12.2016
Saya nak semak guna ayat berikut: 1. MATIKAN PLUG SEBELUM PULANG 2. SUHU PENDINGIN UDARA YANG OPTIMA 3. JOM JIMAT ELEKTRIK 4. TOLONG MATIKAN SUIS SEBELUM KELUAR 5. MATIKAN MONITOR KOMPUTER SEBELUM PULANG 6. TAHUKAH ANDA? JANGKA HAYAT LAMPU LED LEBIH 2 KALI GANDA LEBIH LAMA 7. TAHUKAN ANDA? KOS TENAGA ELEKTRIK LAMPU KALIMANTAN IALAH RM10 SEBULAN 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA Tq1. Pastikan Plag Dicabut Sebelum Pulang.
2. Gunakan Suhu Penyaman Udara yang Optimum.
3. Tolong Tutupkan Suis Sebelum Keluar.
4. Tutupkan Monitor Komputer Sebelum Pulang.
5. Tahukah Anda? Jangka Hayat Lampu Led 2 Kali Ganda Lebih Lama Berbanding lampu biasa.
6. Tahukah Anda? Kos Tenaga Elektrik Lampu Kalimantan 4' ialah Rm10 Sebulan.
7. Betulkan Tahukan Anda? kepada Tahukah Anda?
8. Tolong Tutupkan Pemanas Air Sebelum Pulang.
9. Jimat Tenaga Pket Selamat.
Lain-lain03.10.2016

Kembali ke atas