Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI.

Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan:

PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI

Tatabahasa28.06.2011
Salam sejahtera, Adakah "latched cutout" boleh diterjemahkan kepada "potongan berselak"? Frasa dalam bidang kejuruteraan dan merupakan salah satu fungsi yang terdapat pada sesebuah jentera. Mohon cadangan dan pendapat DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu tersebut untuk perkataan “latched cutout” boleh diterima.Istilah26.10.2018
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.?Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan.Tatabahasa25.02.2013
salam tuan soalan. Beberapa _________ timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. jawapan A. hirisan B. potongan B atau B yang mana tepat tuanJawapan yang tepat ialah Beberapa hirisan timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak.Tatabahasa29.10.2017
Apakah terjemahan bagi bentuk 'diamond'?Merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terjemahan bentuk diamond ialah bentuk potongan wajik.Lain-lain25.06.2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan bagi perkataan "cut" yang biasa digunakan oleh pengarah dalam penggambaran setelah mendapat potongan babak yang diinginkan? Terima kasih.Tiada data berkaitan’cut’ khusus untuk bidang perfileman dalam data DBP.  Mengikut konteks penggambaran filem, istilah ‘cut’ merujuk pada arahan daripada pengarah untuk memberhentikan penggambaran babak. Kami mencadangkan ‘cut’ diberikan padanan ‘berhenti’ atau ‘potong’.Istilah14.12.2018
Hafiz Lija Nov 16th, 11:54am Salam Bagaimana nak beli majah DSISWA setiap bulan secara terus dgn DBP. Lebih kurang 150 sebulan. Ada potongan harga?Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain16.11.2015
Ali menggunakan secebis/secarik kain untuk membalut luka? adakah penjodoh bilangan cebis dengan carik membawa maksud yang sama? terima kasih.Cebis sama maksudnya dengan carik, iaitu potongan kecil. Oleh itu, cebis dan carik kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa16.06.2013
Nak bertanya, berkaitan penggunaan betul kata sendi dalam ayat seperti berikut "pada *tarikh* hingga *tarikh*" atau "dari *tarikh* hingga *tarikh*, yang manakah betul? Dan jikalau ditulis tarikh dalam potongan ayat tersebut contoh perlukah tulis "pada/dari 26 November hingga 27 November 2018" atau "pada/dari 26 November 2018 hingga 27 November 2018", saya gusar adakah perlu diulangi tahun itu dalam penulisan ditakuti ia lewah dan tidak gramatis.Penggunaan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah: ... dari 26 hingga 27 November 2018. Tarikh dalam bulan yang sama tidak perlu diulang.Tatabahasa16.09.2020
Saya ada satu pertanyaan mengenai penjodoh bilangan.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk betik sekiranya betik itu dipotong.Adakah penggunaan penjodoh bilangan sepotong atau sejorong betik? terima kasihTiada penjodoh bilangan yang khusus untuk betik yang dipotong, begantung kepada jenis potongan tersebut.Lain-lain13.03.2017
123

Kembali ke atas