Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : slanga (berkenaan seseorang) suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain (Kamus DBP versi dalam Talian)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poyo


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
poyoPerkataan poyo tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu.Lain-lain02.01.2010
Apakah maksud perkataan poyo? Sesuaikah ia digunakan dalam karangan bahasa.Perkataan poyo tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentuMakna07.05.2009
apakah maksud perkataan poyo yang sebenarnya?adakah terdapat didalam daftar kata didalam kamus dewan?Perkataan poyo tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu.Lain-lain25.02.2010
SAYA NAK TAHU MAKSUD PERKATAAN POYO, KERANA TERLALU BANYAK DIGUNAKAN MASA KINI OLEH REMAJA SEKARANGPerkataan poyo tidak terakam dalam kamus atau mana-mana sumber rujukan DBP.  Perkataan ini  merupakan ungkapan yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi. Ia tidak tergolong dalam bahasa baku.Istilah03.03.2009
apa makna metropolitan dan makna poyoMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud metropolitan:  berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis atau terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Manakala perkataan poyo tiada dalam rujukan kami.Makna23.02.2009
Bolehkah perkataan "fon" digunakan sebagai bahasa percakapan untuk perkataan "telefon" dari segi konteks kata kerja? Ayat contoh : "tolong fon ibu" Adakah perkataan tersebut boleh dianggap sebagai slanga di dalam perbualan harian? Saya dapati terdapat beberapa perkataan berbentuk slanga yang disenaraikan di dalam kamus dewan, seperti "poyo". Terima kasih!Ya. perkataan tersebut boleh  digunakan dalam percakapan harian dan dalam  situasi tidak rasmi. Tatabahasa20.03.2020

Kembali ke atas