Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai
kepala yang bulat dan mata yang luar biasa
besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia
dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat
(lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan
Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang,
kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek
dan kaki belakangnya panjang yang membantunya
melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya.
Kesemua jari tangannya yang panjang dan
kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi
jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai
cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya.
Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir
kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar
tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25
sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada
tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier
tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke
pokok pada malam hari, memakan serangga, siput,
dan cicak kecil.
Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili
tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius .