Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro] | ڤرو‌ -

Definisi : awalan asing 1. memihak kpd, menye­belahi, menyokong, mis pro-Barat, pro-Peking, proreformasi dan prokerajaan; 2. bertindak sbg atau selaku, mis Pro-Canselor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro] | ڤرو‌ -

Definisi : (awalan yg bererti) setuju dgn; berpihak kpd: ~-Soviet; ~-Peking; ~demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pro-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "pro-Barat" dengan "probarat" dari segi penggunaan dan maksudnya? Terima kasih. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel.
 Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis. 
Makna08.05.2015
Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-CanselorIstiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut.  Makna05.05.2011
apakah perbezaan penggunaan (–) contoh: pro–Barat prokemerdekaanpro ialah awalan asing, apabila bertemu dengan kata nama am hendaklah disambungkan dan apabila bertemu dengan kata nama khas perlu dibubuh tanda sempang.Ejaan15.05.2015
salam sejahtera berdasarkan ayat ini "PRO dan KONTRA" apakah yang dimaksudkan dengan "PRO" & "KONTRA"? sekian terima kasih
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "PRO DAN KONTRA" bermaksud alasan, hujah dan sebagainya yang menyokong dan menentang se­suatu, baik buruknya. 
Istilah14.09.2015
Bagaimana untuk saya membeli software Kamus/Dewan Eja untuk kegunaan kami di pejabat. Terima kasihSalam tuan budiman, Mendapatkan Perisian Dewan Eja Pro DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan bolehlah mendapatkan Dewan Eja pro ini melalui: E-mel: support@tntsb.com Laman sesawang: www.tntsb.com Facebook: Dewan Eja Pro Telefon: 03-83193388 Alamat: 4800-2-6 CBD Perdana, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Malaysia, Produk: Dewan Eja Pro 1 0 for MS Office Dewan Eja Pro 10 for Adobe Indesign & InCopy Kamus Pro for Android Kamus Pro for iOS EjaPro MobileKamus Sekian, terima kasih.Lain-lain19.01.2021
Mengikut formula, tanda sempang (-) perlu diletakkan dalam situasi huruf kecil bertemu dngan huruf besar. Bagaimanakah tulisan yang tepat bagi perkataan ini: ke-Melayuan atau kemelayuan. Ini kerana `M' pada perkataan Melayu itu nama khas. 2. Bagaimana pula dengan awalan `pro' seperti `pro-Amerika' atau `proamerika'?Salam sejahtera,

Tuan,

1. Ejaan yang betul ialah kemelayuan. 

2. Pro ialah awalan asing, apabila bertemu dengan kata nama am hendaklah disambungkan dan apabila bertemu dengan kata nama khas perlu dibubuh tanda sempang. Ejaan yang betul ialah "pro-Amerika"

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa20.12.2017
Mengapa di laman PRPM (kategori Ensiklopedia) di bawah tajuk 'Isocrates', perkataan 'walau bagaimanapun' dieja sebagai 'WALAUBAGAIMANAPUN'? Begitu juga perkataan 'pro rata'. Ejaan yang manakah betul sama ada 'prorata' atau 'pro rata'? Di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'pro rata' sedangkan di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'prorata'. Ejaan 'sama ada' atau 'samada' yang betul? Di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'samada' manakala di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'sama ada'.

Ejaan yang betul ialah 'walau bagaimanapun', 'sama ada', 'prorata' dan 'pro rata'. Sebagai kata umum dan istilah pentadbiran perniagaan 'prorata' dieja dalam satu perkataan, manakala dalam bidang undang-undang 'pro rata'  dikekalkan ejaan seperti dalam bahasa sumber (Latin) - dieja dua perkataan dan ditulis condong.

Ejaan12.04.2011
INDULGENCE PRO BEAUTYUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain12.10.2017
Assalamualaikum... Ejaan "pro forma" yang betul dieja rapat (proforma) atau jarak (pro forma)? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah proformaEjaan01.07.2015
Apakah terjemahan bagi Pro-term Chairman?Tidak ada maklumat tentang pro-term chairman dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengerusi Sementara jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan28.12.2017
123456

Kembali ke atas