Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro] | ڤرو‌ -

Definisi : awalan asing 1. memihak kpd, menye­belahi, menyokong, mis pro-Barat, pro-Peking, proreformasi dan prokerajaan; 2. bertindak sbg atau selaku, mis Pro-Canselor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro] | ڤرو‌ -

Definisi : (awalan yg bererti) setuju dgn; berpihak kpd: ~-Soviet; ~-Peking; ~demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pro-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIAI SALLEH

Kiai Salleh (1916–1956) ialah nasionalis Melayu

yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese

Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke

atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun.

Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang

dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk

melancarkan penentangan tersebut.

UMUM 
MOSLEY, SIR OSWALD

Mosley, Sir Oswald (1896–1980), menubuhkan

Kesatuan Fasis British pada tahun 1930-an. Dia

dan pengikutnya yang berbaju hitam terlibat

dalam rusuhan terutamanya di kawasan East End,

London. Dalam Perang Dunia II (1939–1945),

Mosley ditahan kerana pandangannya yang pro-

Jerman. Kemudian, dia cuba menghidupkan

semula fahaman fasis di United Kingdom. Mosley

lahir di London. Dia dipilih menjadi ahli parlimen

Parti Konservatif bagi kawasan Harrow pada

tahun 1918. Pada tahun 1926, dia dipilih pula

sebagai ahli parlimen Parti Buruh untuk kawasan

Smethwick. Dia bersara pada tahun 1930 dan

menubuhkan partinya sendiri.

UMUM 
PARTI PERIKATAN SARAWAK

PARTI PERIKATAN SARAWAK, parti politik.  Parti Perikatan Sarawak adalah gabungan beberapa buah parti di Sarawak.  Penubuhan Parti Perikatan Sarawak berteraskan usaha untuk menyatupadukan parti politik yang pro-Malaysia bagi menghadapi pilihan raya Sarawak pada tahun 1963.  Pengumurnan untuk mengadakan pilihan raya ini ditentukan oleh kerajaan British.  Tujuan utamanya adalah untuk membentuk kerajaan negeri Sarawak menjeIang kemerdekaan dan pengisytiharan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas