[psi.ko.lo.gi]/[si.ko.lo.gi] | ڤسيکولوݢي
Definisi : 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[psi.ko.lo.gi]/[si.ko.lo.gi] | ڤسيکولوݢي
Definisi : ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)