Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada pukul tujuh pagi / Pada pukul 7 pagi / pada pukul 7.00 pagi / pada pukul 7:00 pagi. Mana satu yang betul?Yang paling tepat ialah ...pada pukul 7.00 pagi.Tatabahasa09.03.2010
Selamat petang, saya nak tanya hingga ke betul tak? atau hingga sahaja? Contoh: 'dari pukul 3.00 petang hingga ke pukul 5.00 petang' betul atau 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang' betul?Ayat yang betul penggunaan kata sendi namanya ialah 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang'. Kata sendi nama 'ke' tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi nama 'ke' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa25.04.2007
Lieya Hassan Feb 9th, 5:26pm Adakah Sistem pemenggalan waktu yang dikeluarkan oleh DBP ini betul? (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59Pemenggalan waktu ini betul. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59Tatabahasa09.02.2015
Sistem pemenggalan waktu (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Betul ke?Keterangan yang diberi adalah betulLain-lain09.02.2015
Beza Jam dan Pukul? ada yang menyatakan Jam untuk sistem 24 jam (Jam 0600 / 1800) manakala pukul utk sistem 12 jam ( pukul 6 petang / pagi). adakah benar kenyataan ini? boleh beri pencerahan dan rujukan? terima kasih.Penggunaan yang betul untuk merujuk waktu ialah “pukul” yang membawa maksud bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam atau waktu tertentu dalam sesuatu hari. Contoh penggunaan dalam ayat, Kami sampai di rumah pada pukul 6.00 petang. Untuk rujukan sila layari laman web DBP, iaitu https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pukulMakna15.08.2020
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong?1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong.Lain-lain14.01.2007
a. Pukul bila sekarang? b. Pemeran itu diadakan pada pukul bila? Ayat (a) dan ayat (b) betul? Atau mesti menggunakan “pukul berapa” Jika jawapan ialah berapa, mengapakah masa menggunakan berapa?

Penggunaan yang betul ialah Pukul berapa sekarang? dan Pameran itu diadakan pada pukul berapa?

Untuk makluman tuan, berapa ialah kata tanya melibatkan bilangan, dalam hal ini masa kiraan pada jam. Perkataan bila pula menunjukkan masa sesuatu peristiwa atau kejadian berlaku (tarikh, masa tempoh).

Tatabahasa31.07.2018
Saya ingin bertanya tentang masa dan sebutan. Contoh ; pukul 1.00 tengah hari atau pukul 1.00 petang Bolehkah pihak tuan jelaskan bila masa sebutan waktu pagi,petang dan malamWaktu dan sebutan yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari. Pemenggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 
i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59
iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59
Lain-lain16.12.2021
PENGGUNAAN PERKATAAN JAM DAN PUKUL UNTUK MASAPUKUL 7.00 MALAM 2 JAMIstilah08.03.2011
Adakan waktu dalam bahasa melayu telah ditetapkan?Contohnya pukul berapa hingga pukul berapa ialah pagi,tengah hari,petang,malam dan sebagainya.Adakah ini telah diteteapkan?

Waktu diatur seperti yang berikut:
1.00 pagi hingga 11.59 pagi
12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari
2.00 petang hingga 6.59 petang
7.00 malam hingga 11.59 malam
12.00 tengah malam hingga 12.59 tengah malam

 

Lain-lain22.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas