Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.
Kurik Kundi Merah SagaPukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita.
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.
Kurik Kundi Merah SagaPukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jikalau gopoh main tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaPukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri.
Kurik Kundi Merah SagaPukul empat pukul lima, Pukul enam hari siang; Tidak dapat macam selama, Biar menjadi debu melayang.
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang sambil berdiri, Pukul gong sambillah duduk; Adik nak bawa ke rumah sendiri, Barang ke mana pun abang mengikut.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta.
123

Kembali ke atas