Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)

397

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah dibeban dihela pula.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah dibeban dihela pula. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(93)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan, apakah istilah yang sesuai bagi maksud inner front cover dan inner back cover dalam bahasa Melayu?Dalam data rujukan kami, terdapat istilah back cover yang dipadankan sebagai kulit belakang manakala front cover pula ialah kulit depan. Perkataan inner pula pula diterjemahkan sebagai dalam.  Cadangan kami ialah kulit depan dalam dan kulit belakang dalam.Penyemakan dan penterjemahan28.02.2018
Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasihTiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut,Istilah17.09.2017
Gadis itu sangat baik budi pekertinya. Apakah pola ayat untuk ayat ini? Mohon pencerahan tuan. Selain itu, 'tambahan pula' tergolong dalam kata hubung gabungan; Dia tekun belajar, tambahan pula aktif dalam kegiatan kokurikulm. Oleh itu, bolehx "tambahan pula" digunakan pada pangkal ayat. Mohon pencerahan tuan

Pola ayat "Gadis itu sangat baik budi pekertinya" ialah  Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA). Gadis itu (subjek) + sangat baik budi pekertinya (pradikat). Perkataan “tambahan pula” boleh digunakan dipangkal ayat sebagai penanda wacana  yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat tambahan lain dalam wacana. Penanda wacana "tambahan pula" hadir pada awal ayat lazimnya diberikan tanda koma selepas perkataan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 - 526. 

Tatabahasa03.08.2021
Kepada Tuan/Puan yang dihormati, Saya ingin tanya, " Kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan. Tambahan pula, kita harus mengambil makanan yang seimbang Dan berkhasiat." Penggunaan penanda wacana"Tambahan pula" dalam perenggan ini betul stay salah. Sebab ada pihak yang kata bahawa "Tambahan pula" tidak boleh digunakan sebagai permulaan dalam sesuatu ayat.Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berikut. Ayat pertama dan kedua bersifat setara dan lazimnya kata sendi nama dan atau serta digunakan dalam konteks yang berikut, seperti  "Kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang serta berkhasiat untuk menjaga kesihatan".Tatabahasa28.10.2022
Bagaimana pula terjemahan untuk 1. staff turnover 2. staff attritionKami mencadangkan "staff attrition" diterjemahkan sebagai "susutan pekerja". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah11.04.2022
Bagaimana pula penggalan waktu dalam B. Inggeris? Tempoh waktu yang dipanggil morning dan lain lain lagiDewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Pemenggalan waktu dalam bahasa Melayu telah dibalas pada soalan puan yang lalu.Lain-lain29.10.2019
kenapa internet menggunakan huruf besar seperti penggunaan Internet dan bukan penggunaan internet melayari Internet, teknologi Internet. Buku Tahun 1 huruf kecil, Tahun 2 dan 3 huruf besar pula. Tahun 5 pula huruf kecil. buku teks ini keluaran DBP.Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. Maklumat yang tuan berikan kami kemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk semakan dan tindakan selanjutnya.Ejaan19.10.2015
Bahagian pinggang, pula melambangkan "nusakancana" iaitu Tanah Melayu. Adakah penggunaan tanda petik tersebut betul dan adakah perkataan awal huruf "Nusakancana" perlu dibesarkan seperti itu?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusakancana" adalah betul. Perkataan ini dieja dengan huruf kecil ("nusakancana") sama seperti perkataan "nusaratang".Ejaan04.03.2020
Tuan, bagaimanakah pula dengan maksud ayat di bawah ini dengan penggunaan "merujuk"? 1. Kata sendi nama "kepada" menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Adakah "sasaran" (pelaku) mempunyai mata untuk melihat dan membaca "manusia, haiwan, dan unsur mujarad" (objek) untuk mendapat keterangan lanjut?Pada pandangan kami, manusia, haiwan dan unsur mujarad itulah yang dimaksudkan sasaran, iaitu hasil yang diperoleh daripada sesuatu usaha, bukan sasaran menjadi pelaku yang melihat manusia, haiwan dan unsur mujarad.Tatabahasa13.12.2014
Tuan, bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Kata adverba "sentiasa" menerangkan golongan perkataan yang mana? 1. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini. Kata adverba "sentiasa" menerangkan perkataan "sahaja", atau menerangkan frasa sendi nama "di sini"? Di samping itu, apakah jenis golongan perkataan untuk perkataan "sahaja"?Adverba “sentiasa” menerangkan frasa sendi nama di sini.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas