Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd ke­adaan yg semula, membaikkan, menyembuh­kan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulang­kan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : ; burung tua ~ sj burung, Malacopteron cinereum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt sediakala; sembuh atau baik semula (bkn penyakit): Kesihatannya ~ kembali. memulihkan mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. pemulihan hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(20)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
China bakal pulih dahuluJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 March 2009
Pendengaran Fatihah pulih seperti sediakalaTiadaMilenia Muslim1 August 2006
Sektor perumahan bantu pulih ekonomiNazmy SannusiDewan Ekonomi1 February 2009
Bilakah pasaran akan pulih?Mansor Md. IsaDewan Ekonomi1 July 1998
Defisit akaun negara pulih: pasaran baik berterusanTiadaDewan Ekonomi1 April 1996
Terajui bidang baik pulih pesawatAzmi JauharDewan Ekonomi1 January 1996
Snowhite-Pudarnya Suria pulih imej cereka VCDKhairul AmriMedia Hiburan1 March 2004
Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor pulih ekonomi rakyat termiskinLiza AliDewan Ekonomi1 February 1998
Hubungan Malaysia-Singapura: sudahkah benar-benar pulih?Mohd. Tarmizi Mat ZinDewan Masyarakat1 April 1998

Kembali ke atas