Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd ke­adaan yg semula, membaikkan, menyembuh­kan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulang­kan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : ; burung tua ~ sj burung, Malacopteron cinereum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt sediakala; sembuh atau baik semula (bkn penyakit): Kesihatannya ~ kembali. memulihkan mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. pemulihan hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(20)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMANGKAS

Memangkas ialah memotong untuk membuang

bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan,

pucuk, tunas atau akar. Memangkas membantu

tumbuhan pulih daripada kejutan kerana

dipindahkan. Ia mengawal bentuk dan kecantikan

tumbuhan hiasan. Memangkas juga membantu

memperbaik kuantiti dan kualiti buah.

UMUM 
TIFOID MARY

Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon

(1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang

dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari

penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang

pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid

kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih

kurang 53 orang dengan demam tifoid antara

tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang

daripadanya mati akibat penyakit itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan

awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan

berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk

bekerja sebagai tukang masak. George Soper,

seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya

dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang

berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan

berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang

masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia

tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun

hingga ke akhir hayatnya.

UMUM 
ALBERT I

Albert I (1875–1934), raja Belgium dari tahun 1909

hingga 1934, ialah pemimpin tentera yang berani

dalam Perang Dunia I (1914–1918). Sebagai

panglima besar tentera Belgium, baginda

 membantu menyekat kemaraan tentera Jerman

pada bulan September 1914. Albert kekal

mengetuai tentera sehingga tamat perang. Selepas

perang, Albert membantu pembinaan semula

 negara. Selepas beberapa tahun, Belgium berjaya

 pulih daripada kesan perang.

UMUM 
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
ASID LAKTIK

Asid laktik ialah asid organik biasa yang

ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain

yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di

dalam sauerkraut , acar dan bir. Ia wujud dalam

dua bentuk iaitu asid D-laktik dan asid L-laktik.

Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula.

Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan

haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga,

asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga

menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan-

lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula.

UMUM 
ARCA FARNESE BULL

Arca Farnese Bull merupakan sekelompok arca

yang terkenal yang memaparkan satu episod dalam

mitologi Yunani. Nama ini berasal daripada Istana

Farnese di Rom, yang pernah menyimpan arca ini

pada suatu ketika dahulu. Farnese Bull merupakan

arca marmar yang menarik yang ditiru daripada arca

yang telah hilang yang dibuat oleh pemahat arca

Yunani, Appollonios dan Tauriskos dari Tralles pada

tahun 100-an S.M. Pemahat arca Rom yang tidak

dikenali telah membuat tiruan ini pada tahun 200-an

M. Tiruan tersebut ditemui semasa ekskavasi di Rom

pada tahun 1500-an, dan bahagian arca yang hilang

itu telah dibaik pulih oleh artis Zaman Renaissance.

UMUM 
MASJID UBUDIAH

MASJID UBUDIAH, antara masjid yang tercantik Perak.  Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.  Masjid ini dibina dengan titah Sultan Idris Murshidul Azam Syah, Sultan Perak (1887-1916).  Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih daripada gering.  Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris meletakkan batu asas pembinaan masjid tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak

Kembali ke atas