Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)

249

Something is better than nothing

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(83)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sepuntat[s«.pun.tAt]kata adjektifberkenaan isi ikan yang tinggal sedikit.Tingge sepuntat anak oteng kat ayah deme.[tiN.gE s«.pun.tAt A.n/ .tEN kAt A.jAh dE.m«]Tinggal sedikit isi ikan haruan untuk ayah kamu.
pundon[pun.don]kata namapondok di dalam dusun yang penggunaannya bersifat sementara.Tok ki tido kat pundon tunggu derian.[to/ ki ti.do kAt pun.don tuN.gu d«.Äi.jAn]Datuk tidur di dalam pundon untuk menunggu durian gugur.
kekek[k«.kE/]kata adjektifkurus.Man makan banyok pon kekek.[mAn mA.kAn bA.ø/ pon k«.kE/]Saya makan banyak pun kurus.
selepet[s«.lE.pEt]kata adjektifberkenaan kekotoran cair seperti tahi atau lumpur yang melekit; sempelet.Punggung adek selepet dengan taik, pase adek saket perot.[puN.guN A.de s«.lE.pEt d«.NAn tA.i pA.sE A.de sA.ket p«.Äot]Punggung adik melekit dengan najis kerana adik sakit perut.
kela[k«.lA]kata adjektifberkenaan mata yang juling sedikit.Kela pon kawen anok raja.[k«.lA pon kA.wen A.n/ ÄA.dZA]Juling pun berkahwin dengan anak raja.
nyenye[øE.øE]kata kerjamenjamah sedikit makanan.Kalo nok cepat pon nyenye dulu.[kA.lo no/ tS«.pAt pon øE.øE du.lu]Kalau hendak cepat pun, jamah sedikit dulu.
kelede[k«.l«.dE]kata adjektifpenakut.Kelede ngat, dalam gelap pon takot.[k«.l«.dE NAt dA.lAm g«.lAp pon tA.kot]Penakut sangat, dalam gelap pun takut.
nyeng[øEN]kata adjektifberkenaan anggota badan yang luka parah atau hancur.Nyeng sebelah badan pon idop lagi.[øEN s«.b«.lAh bA.dAn pon idop lA.gi]Hancur sebelah badan pun masih hidup lagi.
gat-gat[gAt.gAt]kata adjektifberkenaan suasana siang.Mae siang gat-gat tido begeba jugok.[mAe si.jAN gAt.gAt ti.do b«.g«.bA dZu.g/]Mail waktu siang pun tidur berselimut juga.
   2. berkenaan cara berjalan dalam keadaan terketar-ketar.Dia baru baek demam, jalan pon ngege.[di.j« bA.Äu bA.e/ d«.mAm dZA.lAn pon NùE.gE]Dia baru baik demam, jalannya pun masih terketar-ketar.
123

Kembali ke atas