Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.tung] | ڤونتوڠ

Definisi : 1. lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dll) yg sebahagian besarnya sudah terbakar: ~ rokok; ~ kayu; ~ suluh; berhubung ~ sangat banyak menghisap rokok; spt meninggalkan ~ suluh di tangga tidak dihiraukan lagi; 2. kudung, buntung, kotong: baju ~; seluar ~; ada banyak orang yg ~ tangannya, ~ kakinya; 3. bp merugi: dasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; sekerat se~ saja beberapa orang saja; ~ api sisa kayu api yg telah terbakar; ~ rokok rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap); ~ berasap prb sesuatu yg mustahil; ~ sekerat penyiar rimba prb orang seorang banyak anaknya; dibakar melilit ~ prb orang yg tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas; jangan ~ berasap jua prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali; mengambil ~ pemukul kepala prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; padam menyala tarik ~ prb barang di mana mati di situlah ditanamkan; selembap-lembap (selemau) ~ di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua; tarik ~ padamlah bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi; memuntung menjadi puntung (kotong, ku­dung); memuntungkan memotong (mengerat) hing­ga puntung, mengudungkan; kepuntungan tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi): rokok yg dihisapnya itu sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.tung] | ڤونتوڠ

Definisi : ; (ikan) ~ damar sj ikan laut, Mugil vaigiensis (Sillago spp.). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.tung] | ڤونتوڠ

Definisi : 1 bahagian yg berlebih drpd sesuatu yg terbakar: ~ rokok; ~ lilin. 2 penjodoh bilangan utk kayu yg sudah dikerat pendek (spt kayu api): Dia menyusun beberapa ~ kayu sebelum menghidupkan api. 3 terkerat kaki atau tangannya; kudung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puntung

Puisi
 

Masak nasi periuk tergantung,
     Hanyut puntung dari paya;
Niat hati hendak bergantung,
     Orang tak hendak apakan daya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Harimau puntung kena penjara,
     pelanduk kecil menolakkan mara.

Bermaksud :

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(14)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stump n 1. projecting remnant, stub, (of cigarette) puntung; ( of tooth) tunggul; (of tail) kudung: the candle had burnt down to a ~, lilin itu sudah terbakar sampai menjadi puntung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cigarette-endn puntung rokok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ignitevt (with human agent) mencucuh, menyalakan; (with non-human agent) menyebabkan sst /bernyala, menyala/: his cigarette stub ~d the petrol, puntung rokoknya telah menyebabkan petrol itu menyala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spark ~ off st, a. cause st to burst into flame, menyebabkan sst terbakar: a burning cigarette butt carelessly dropped near a pile of dry wood ~ed off the fire, puntung rokok yg dibuang dekat dgn timbunan kayu kering menyebabkan timbunan itu terbakar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stub n 1. short piece left after st has been cut, broken or worn down, stump, [various translations]: the ~ of a branch, tunggul dahan; an ashtray full of cigarette ~s, tempat abuk rokok yg penuh dgn puntung rokok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
end4. share, part, portion, [various translations]: his ~ of the bargain, bahagiannya dlm tawar-menawar itu; no problem at my ~, tdk ada masalah bagi diri saya; 5. (often in pl) remnant, fragment, a. (of cigarette, candle) puntung; b. (of cloth, rope) hujung-hujung: they are selling ~s of material cheaply, mereka menjual hujung-hujung kain dgn murah; 6. a ceasing to exist, a. death, [various translations]: his ~ was peaceful, dia mati dgn tenang; he is nearing his ~, dia hampir mati; she came to an untimely ~, dia mati muda; an opponent of slavery till his very ~, penentang perhambaan sehingga ke akhir hayat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grind~ st into, a. see (vt sense 1.); b. press st forcibly into, menenyehkan sst pd: she ground her heel into the sand, dia menenyehkan tumitnya pd pasir; after ~ing his cigarette butt into the ashtray, he left the room, setelah menenyeh-nenyehkan puntung rokoknya pd bekas abu rokok, dia keluar dr bilik itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sievevt 1. sift, menapis, menyaring; (to separate fine particles from coarser ones) mengayak: the flour had to be ~d to get rid of all the lumps, tepung itu terpaksa diayak utk mengasingkan ketul-ketulnya; 2. usu ~ out, separate, mengasingkan: he ~ed the ash from the cinders, dia mengasingkan abu drpd puntung kayu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
litter~ st with, a. clutter st with (act.), /menyelerakkan, menyerakkan, menyepahkan/ [sst] di sst; (pass.) sst /berselerak, berserak, bersepah/ dgn: she’s always ~ing up the study with her newspaper cuttings, dia selalu menyelerakkan keratan-keratan akhbar di bilik belajar; the table was ~ed with dirty plates and cigarette butts, pinggan kotor dan puntung rokok berselerak di atas meja itu; b. (usu pass.) be full of, penuh dgn: her article is ~ed with irrelevant facts, makalahnya penuh dgn fakta-fakta yg tdk berkaitan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
butt1n 1. end, a. (of spear, whip, arrow) pangkal, tenu; b. (of gun, rifle) buntut; c. (of fishing rod) pangkal; 2. the base of a tree trunk, perdu, pangkal; 3. stub (of cigarette) puntung; 4. (sl) the buttocks, punggung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas