Jika untuk menyatakan orang yang berpura-pura, bolehkan diletakkan awalan pe- pada pura-pura? Adakah akan menjadi pemura-mura atau pemura-pura? | Memadai sekiranya mengambil perkataan "pura" sebagai asas pembentukan kata terbitan. Walau bagaimanapun, belum terdapat istilah rasmi yang dikeluarkan untuk mengambarkan perkataan individu yang berpura-pura. | Lain-lain | 19.01.2019 |
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih | aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya di bawah sinaran cahaya bulan di bawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahaya sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.
| Lain-lain | 20.12.2008 |
Salam. boleh berikan padanan b. Melayu bagi Tonic Immobility? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "tonic immobility" ialah pura-pura mati. | Istilah | 23.03.2017 |
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh? | Tuan, Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu. | Makna | 01.05.2009 |
Apakah maksud kata semu? Adakah betul 1. Apa nama anda? (Salah) 2. Siapa nama anda? (betul) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semu bermaksud bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja. Frasa yang betul ialah siapakah nama anda ataupun nama anda siapa? Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. | Istilah | 20.07.2010 |
walaupun perasaannya tenat, di atetap berpura-pura gembira. (munsyi, adakah tenat betul dalam ayat ini? TK) | Perkataan "tenat" kurang sesuai digunakan dalam ayat. Perkataan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan ialah "sedih". Walaupun berperasaan sedih, dia tetap berpura-pura gembira. | Tatabahasa | 11.08.2013 |
"tuan, tolong jelaskan maksud "hipokrat"." | Menurut Kamus Dewan, hipokrit ialah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik. | Makna | 19.08.2013 |
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi. | Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih. dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan; memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; | Makna | 02.09.2009 |
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannya | Ikhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud: (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. | Makna | 29.09.2014 |
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima | 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- utk menyatakan diri membuat sesuatu; bersibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan -an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. | Tatabahasa | 17.03.2010 |