10.1.102.44

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tus] | ڤوتوس

Definisi : 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (keten­tuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan; ~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati; ~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya; ~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap); putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis); memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang; memutusi ark = memutuskan menentukan; memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, meng­hukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya; putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabis­an: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); berkeputusan mempunyai keputusan (kesu­dahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan; pemutusan perbuatan memutus(kan); pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,

Puisi
 

Manis sungguh gula kabung,
     Hendak wangi dicampur pandan;
Putus tali boleh disambung,
     Putus kasih merana badan.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(54)

617

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berputusanberkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis);Kamus Dewan Edisi Keempat
putus-putus1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus­-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-­turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
putus-putus1 kerap kali putus; selalu saja putus: Tali kasutnya ~. 2 = berputus-putus sekejap-sekejap berhenti; tidak terus berturut-turut: Tiap-tiap hari orang tidak ~ mengunjungi muzium ini.Kamus Pelajar
putus-putus1 kerap kali putus; selalu saja putus: Tali kasutnya ~. 2 sekejap-sekejap berhenti; tidak terus berturut-turut: Tiap-tiap hari, orang tidak ~ mengunjungi muzium ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
henti; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus; sehenti mempunyai atau menyediakan pel­bagai perkhidmatan atau barangan yg ber­kaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; berhenti-henti tidak terus-menerus, terpu­tus-putus; memberhentikan 1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama; pemberhentian perihal atau perbuatan mem­berhentikan (diberhentikan), pemecat­an: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; menghentikan, memperhenti­kan mem­ber­henti­kan; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; ~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn meng­halang aliran udara di glotis yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya; penghentian hal atau perbuatan meng­henti­kan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
melanjuttidak putus-putus; terus: Banjaran Appalachian ~ hingga ke bahagian utara Kanada.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asaharapan: putus ~ putus harapan; tidak ada harapan lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melanjuttidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih;Kamus Dewan Edisi Keempat
melanjuttidak putus-putus; terus:Banjaran Appalachian ~ hingga ke bahagian utara Kanada.Kamus Pelajar
bertalu-talutidak putus-putus; berkali-kali; berturut-turut: Beduk di­­­pukul orang ~ dan sejurus kemudian terdengarlah azan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas