net radio | radio jaringan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis siar web yang menggunakan penstriman teknologi audio untuk menyampaikan siaran radio melalui Internet. Pengguna memerlukan aplikasi penstriman audio seperti RealPlayer sebelum melawati tapak web radio jaringan. Teknologi ini amat popular di kalangan stesen radio kampus universiti di negara-negara maju kerana murah dan boleh dinikmati lebih ramai lagi pendengar. Radio jaringan ialah contoh teknologi tolak. |
amature radio | radio amatur | Sosiologi | Tiada | Pemancaran atau penerimaan isyarat radio dalam julat khas untuk kegunaan persendirian. Sinonim: Ham radio. |
radio window | jendela radio | Matematik | Tiada | Jendela atmosfera yang panjang gelombangnya antara satu milimeter hingga 30 meter, oleh itu membolehkan gelombang radio bertenaga tinggi daripada sumber radio samawi diterima teleskop radio di bumi. |
molecular-line radio astronomy | falak radio garis molekul/astronomi radio garis molekul | Matematik | Tiada | Kajian tentang kawasan samawi yang mengandungi molekul melalui penggunaan pancaran radio dari molekul itu sendiri. |
radio telescope | teleskop radio | Matematik | Tiada | Alat untuk merakam dan mengukur pancaran frekuensi radio dari punca radio objek samawi. |
radio meteorology | meteorologi radio | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Cabang meteorologi yang meliputi perambatan tenaga radio melalui atmosfera dan penggunaan peralatan radio dan radar dalam meterorologi. Juga disebut meteorologi radio-elektrik. |
radio hole | lohong radio | Sains | Hidrometeorologi | Lenyapan kuat isyarat radio di suatu kedudukan di angkasa lepas sepanjang laluan radio udara-ke-udara atau udara-ke-bumi. Kesan ini disebabkan oleh pembiasan luar biasa gelombang radio. |
radio hole | lohong radio | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lenyapan kuat isyarat radio disuatu kedudukan di angkasa lepas sepanjang laluan radio udara ke udara atau udara ke bumi. Kesan ini disebabkan oleh pembiasan luar biasa gelombang radio. |
radio sun | matahari radio | Matematik | Tiada | Matahari sebagaimana yang terakam pada teleskop radio. Oleh sebab pemancaran gelombang pendek radio yang berterusan itu berasal bukan sahaja dari matahari tampak itu sendiri, tetapi daripada kawasan luas di sekelilingnya, maka matahari radio mempunyai diameter yang ukurannya lebih daripada dua kali ganda ukuran diameter tompok matahari. |
radio horizon | ufuk radio | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lokus pada titik-titik tempat sinaran terus pemancaran radio bertangen dengan permukaan bumi. Ufuk radio mengunjur ke bawah ufuk tampak dan ufuk geometri akibat pembiasan atmosfera normal. Ufuk radio berkurangan akibat perambatan piawai digantikan oleh perambatan subpiawai atau bertambah akibat perambatan adipiawai. |