Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gu.ra.gu] | راݢو٢

Definisi : syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gu.ra.gu] | راݢو٢

Definisi : syak; waswas: Rupa-rupanya mereka masih ~ ttg kejujuranku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragu
Kata Terbitan : ragu-ragu, meragui, meragukan, keraguan, keragu-raguan,

Peribahasa

454

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ragu; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, mem­bingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang ter­hadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, me­ngesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apa­kah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangka­an yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ragu-ragusyak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab;Kamus Dewan Edisi Keempat
ragu hati= ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab;Kamus Dewan Edisi Keempat
imbang IIbimbang, ragu-ragu; imbang-imbangan bimbang, ragu-ragu; hati nya dlm ~; mengimbang; ~ permintaan menolak permintaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
subahat1. syak, ragu-ragu, keragu-raguan; ~ hati syak hati; 2. orang yg bekerjasama dgn musuh dll, kolaborator; bersubahat 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; persubahatan perbuatan bersubahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
subahat1 perasaan kurang percaya; ragu-ragu; syak. 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerja­sama dgn musuh). bersubahat 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan ja­hat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. persubahatan perbuatan ber­subahat: ~nya dgn kum­pulan itu telah lama diketahui polis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangsiberasa bimbang atau berasa ragu-ragu: Saya masih ~, adakah dia betul-betul mahu menyertai syarikat kita. menyangsikan 1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya. 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; me­ragu­kan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya. kesangsian keadaan atau rasa sangsi; keraguan. penyangsian perbuatan, hal dsb sangsi atau me­nyangsikan. penyangsi (orang yg) selalu atau mudah sangsi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ragu; ~ hati syak hati ragu-ragu syak; waswas: Rupa-rupanya mereka masih ~ ttg kejujuranku. meragui berasa waswas terhadap; menaruh syak pd; berasa sangsi terhadap: Oleh sebab dia selalu menipu, kami sangat ~ kebenaran kata-katanya. meragukan menyebabkan ragu-ragu; menimbulkan rasa syak: Jawapannya kurang jelas dan masih ~ hati saya. keraguan, keragu-raguan 1 rasa syak; kesangsian: Sikapnya yg selalu berdolak-dalik itu menimbulkan ~ kpd orang ramai. 2 dlm keadaan syak (waswas dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tegas1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn ber­sungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (kete­rangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak.Kamus Dewan Edisi Keempat
ragu; ~ hati syak hati ragu-ragu syak; waswas: Rupa-rupanya mereka masih ~ ttg kejujuranku. meragui berasa waswas terhadap; menaruh syak pd; berasa sangsi terhadap: Oleh sebab dia selalu menipu, kami sangat ~ kebenaran kata-katanya. meragukan menyebabkan ragu-ragu; menimbulkan rasa syak: Jawapannya kurang jelas dan masih ~ hati saya. keraguan, keragu-raguan 1 rasa syak; kesangsian: Sikapnya yg selalu berdolak-dalik itu menimbulkan ~ kpd orang ramai. 2 dlm keadaan syak (waswas dsb).Kamus Pelajar
12345678910

Kembali ke atas