Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gu.ra.gu] | راݢو٢

Definisi : syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gu.ra.gu] | راݢو٢

Definisi : syak; waswas: Rupa-rupanya mereka masih ~ ttg kejujuranku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragu
Kata Terbitan : ragu-ragu, meragui, meragukan, keraguan, keragu-raguan,

Peribahasa

454

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
singkol MSrkekok, rasa canggung.Aaaa.... ! Dia agak ragu-ragu hendak mengatakan hasrat awalnya. Ketika menatap wajah Kamalina, dia tidak mengelipkan mata sedang Kamalina berasa begitu singkol dengan orang yang merenungnya begitu. Syam sendiri tidak pernah berbuat begitu terhadapnya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bumai betupik Ibbercucuk tanam.Selama tiga tahun itulah juga mereka dapat bumai betupik dengan jayanya. Setiap selepas menuai mereka akan bergawai seada-adanya tanpa ragu-ragu akan apa-apa pun.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas