Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar bulan kesembilan dlm tahun Hijrah, bulan puasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kesembilan dlm tahun Hijrah; bulan puasa. ~ al-Mubarak bulan Ramadan yg diberkati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : Ramadan,ramalan,ram dan,rama dan,ram adan

Tesaurus
 
Ramadan (kata nama)
Bersinonim dengan bulan puasa, bulan mulia, bulan berkat, bulan rahmat, bulan pahala.,

Puisi
 

Bangun malai bangunlah bungaku,
     Bangun puasa bulan Ramadan;
Hilang bunga hilang di pangkuanku,
     Bungaku wujud sepanjang badan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak kepastian berkenaan ejaan ramadan yang betul. Adakah Ramadan atau Ramadhan?Ejaan yang betul ialah Ramadan.Ejaan03.07.2015
Mana satu yang betul? "di ambang Ramadan" atau "pada ambang Ramadan" Terima kasih.Frasa yang betul ialah "pada ambang Ramadan".Tatabahasa17.06.2013
Macamana penggunaan frasa ihya ramadan...dibenarkan atau tidak dlm ayat Bahasa Melayu? Contoh Majlis Ihya Ramadan. Bagaimana ejaan yg betul ihya ramadan dalam jawi danjuga rumi? Tkasih.Buat masa ini tidak ada lagi perkataan ihya Ramadan dalam korpus bahasa Melayu.  Puan boleh menggunakan perkataan lain atau gunakan bahasa Melayu seperti Majlis Menghidupkan Bulan Ramadan .
Ejaan Jawinya ialah

                                                                                                                                          أحياء

Lain-lain15.05.2016
EJAAN PERKATAAN "RAMADHAN" ATAU "RAMADAN" Yang mana satu ejaan yang betul "Ramadhan" atau "Ramadan" Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah " RAMADAN ' Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan "dh" adalah jawi "Dhad" . Sedangkan ramadan "dan' adalah huruf "dal" bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan "dan" dengan "dhan" Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih.

Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Entri "Ramadan" walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dhod" tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat - "Ramadan".

Ejaan13.08.2009
Salam sejahtera. Soalan saya ialah manakah yang betul antara “di bulan Ramadan” dengan “pada bulan Ramadan”?Frasa yang betul ialah "pada bulan Ramadan".Tatabahasa29.03.2021
Mohamad Noorazali Ishak Jul 10th, 11:52am assalamualaikum admin..nak tanya ejaan untuk ramadhan atau ramadan? kebelakangan ni tengok ejaan ramadan termasuk di televisyen bukan ramadhan..ada perubahan ke?Penyesuaian ejaan “Ramadhan” kepada “Ramadan” telah dibuat mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Penggunaan ejaan “Ramadan” dalam Kamus Melayu Dewan bermula dari Edisi Kedua pada tahun 1984 lagi.Ejaan11.07.2014
Assalamualaikum. Saya memerlukan bantuan pihak DBP untuk mencari terjemahan yang tepat bagi dua ungkapan dalam Bahasa Inggeris ini : 1)Allah knows best 2) Ready for Ramadan Ya, jika diterjemahkan, berbunyi "Allah mengetahui yang terbaik dan "bersedialah untuk Ramadan". Mungkin DBP boleh membantu saya jika boleh diterjemahkan dalam ungkapan yang lebih bertenaga dan bermakna. Akhir sekali, saya ingn bertanya mengenai ketepatan ejaan untuk istilah "Pra Ramadan" ..."PraRamadan" atau "Pra-Ramadan" atau "Pra Ramadan". Terima kasih.

Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk  “Allah knows best” dan “ready for Ramadan" ialah Allah mengetahui perkara yang terbaik dan bersedialah menghadapi Ramadan. 

Ejaan yang betul ialah pra-Ramadan.
Makna16.03.2021
Salam, Mohon semak ayat di BANNER bawah untuk iklan Yayasan Restu. "DAPATKAN AL QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTUMILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai.Tatabahasa06.05.2015
Salam, Mohon semak penggunaan ejaan dan bahasa untuk di cetak di BANNER. Ayatnya ialah: DAPATKAN AL-QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTUMILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai dan menepati maksud yang hendak disampaikan. Tatabahasa06.05.2015
Ingin tahu makna perkataan ihyak / ahyak ( dalam bahasa arab ) . Biasanya disebut Ihyak Ramadan - ( saya kurang pasti ejaannya )Ihya ialah kata Arab yang bermaksud hidup dan dalam konteks Ihya Ramadan ini bermaksud menghidupkan bulan Ramadan (menjadikan suasana giat dan bersemangat).Makna19.08.2010
1234567

Kembali ke atas