Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar bulan kesembilan dlm tahun Hijrah, bulan puasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kesembilan dlm tahun Hijrah; bulan puasa. ~ al-Mubarak bulan Ramadan yg diberkati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : Ramadan,ramalan,ram dan,rama dan,ram adan

Tesaurus
 
Ramadan (kata nama)
Bersinonim dengan bulan puasa, bulan mulia, bulan berkat, bulan rahmat, bulan pahala.,

Puisi
 

Bangun malai bangunlah bungaku,
     Bangun puasa bulan Ramadan;
Hilang bunga hilang di pangkuanku,
     Bungaku wujud sepanjang badan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAMADAN UMUM 
PERANG BADAR AL-KUBRA

Perang Badar al-Kubra meletus pada 17

Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan

tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir

Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya

peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa

dan merampas harta orang Islam sehingga

memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan

meninggalkan rumah tangga di Makkah al-

Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang

orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan

kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang

jalan perdagangan mereka dari Makkah al-

Mukarramah ke Syam.

UMUM 
MAKKAH, PEMBUKAAN

Makkah, Pembukaan. Peristiwa pembukaan

Makkah berlaku pada 20 Ramadan tahun 8 H.

Sebab berlakunya pembukaan atau penaklukan ini

adalah kerana dalam syarat-syarat perjanjian

Hudaibiyah sebelum itu telah dinyatakan antara

lain:

     “Sesiapa yang mahu berikat dengan

Muhammad dan membuat perjanjian dengannya,

maka ia bebas berbuat demikian dan sesiapa yang

mahu berikat dengan kaum Quraisy dan membuat

perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat

demikian”.

UMUM 
SYAWAL

Syawal ialah bulan ke-10 mengikut

takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah

negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan

Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi

mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal

hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada

zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima,

iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M.

UMUM 
LAILATULQADAR

Lailatulqadar, satu malam dalam bulan Ramadan yang diturunkan al-Qur’an.

AGAMAKonsep
HARI RAYA AIDIL FITRI

Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan, kesyukuran dan kegembiraan umat Islam selepas berjaya menyempurnakan ibadat puasa yang diwajibkan selama sebulan pada bulan Ramadan.

AGAMAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas