Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mai] | راماي

Definisi : 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mai] | راماي

Definisi : 1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Bermaksud :

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

 

Lihat selanjutnya...(20)

237

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Hendak meluruskan anjing

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : hendak meluruskan anjing.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pengadil ramaipengadil ramai (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
representative democracydemokrasi berperwakilanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan demokrasi tidak langsung yang memerlukan wakil rakyat untuk menyuarakan kepentingan orang ramai serta membincangkan masalah dan kepentingan negara. Sistem perwakilan terpaksa dibentuk kerana demokrasi langsung tidak mungkin dilaksanakan lagi, kesan daripada penduduk yang ramai. Dengan itu, orang ramai memilih wakil rakyat dalam pilihan raya untuk mewakili suara mereka. Kelompok perwakilan yang mendominasi dewan perundangan akan membentuk kerajaan manakala selebihnya akan menjadi pembangkang. Terdapat dua jenis demokrasi perwakilan iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Contohnya, Malaysia telah melaksanakan amalan demokrasi berperwakilan sejak mula merdeka hingga kini. Malaysia juga dikuasai oleh kerajaan Perikatan dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional.
crowd sceneadegan ramaiKomunikasiTiadaAdegan yang melibatkan ramai pelakon tambahan atau orang awam sehingga memenuhi skrin filem.
crowd shottangkap ramaiKomunikasiTiadaTangkapan yang menunjukkan orang ramai yang berada dalam keadaan bersesak- sesak sehingga memenuhi bingkai.
HegemonyhegemoniSains PolitikPolitik PerbandinganPenguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberi sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
information explosionledakan maklumatTeknologi MaklumatTiadaKedapatan maklumat secara mendadak yang boleh dicapai oleh orang ramai dengan adanya Internet. Orang ramai dapat berkongsi maklumat yang disimpan dalam pelayan web. Maklumat ini bertambah setiap hari dengan banyaknya. Ledakan maklumat ini akan menyebabkan limpahan maklumat.
information explosionledakan maklumatTeknologi MaklumatTiadaKedapatan maklumat secara mendadak yang boleh dicapai oleh orang ramai dengan adanya Internet. Orang ramai dapat berkongsi maklumat yang disimpan dalam pelayan web. Maklumat ini bertambah setiap hari dengan banyaknya. Ledakan maklumat ini akan menyebabkan limpahan maklumat.
proportional representationperwakilan berkadarSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang berasaskan nisbah penduduk dengan wakil rakyat untuk memastikan setiap kelompok memiliki wakil rakyat di dewan perundangan. Melalui sistem ini, pembahagian kawasan berasaskan jumlah penduduk iaitu penduduk yang ramai akan mendapat lebih ramai wakil manakala yang lebih kecil mendapat wakil yang kurang. Sistem ini mempunyai dua bentuk amalan yang utama iaitu sistem Hare dan List. Dalam sistem ini, pengundi diberikan senarai calon yang bertanding dan mereka diminta memilih beberapa bilangan calon yang ditetapkan, seperti tiga sahaja atau lima sahaja. Sementara itu, satu jumlah purata yang munasabah telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihan raya dan calon yang mengatasi bilangan ini dianggap menang. Walau bagaimanapun, calon yang mendapat jumlah undi yang besar mengatasi jumlah purata boleh memindahkan lebihan undi kepada calon lain dari parti yang sama. Sistem ini berbeza dengan sistem majoriti mudah apabila lebihan undi majoriti tidak boleh dipindahkan. Sinonim sistem berkadar.
terrorismterorismeSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan.
mudarabah sharesaham mudarabahEkonomiEkonomi IslamSaham yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan dana daripada orang ramai dengan menggunakan prinsip mudarabah. Syarikat mengeluarkan saham yang mencatatkan tentang harga, tempoh dan terma akad. Dana terkumpul dilaburkan dalam projek yang dibenarkan oleh syarak supaya orang ramai dapat berkongsi keuntungan atau kerugian. Pemegang saham mudarabah tidak mempunyai hak untuk melantik lembaga pengarah syarikat seperti hak pemegang saham biasa.
12345678910...

Kembali ke atas