Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mai] | راماي

Definisi : 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mai] | راماي

Definisi : 1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Bermaksud :

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

 

Lihat selanjutnya...(20)

237

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Hendak meluruskan anjing

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : hendak meluruskan anjing.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bocokeng[b.tS.kEN]kata adjektifberhati-hati dalam berbelanja.Anake ramai, gaji kocek, konola bocokeng.[A.nA/.E ÄA.mAj gA.dZi k.tSE/ k.n.lAh b.tS.kEN ]Anaknya ramai, gaji kecil, kenalah berhati-hati dalam berbelanja.
bokiak I[b.ki.jA/]kata namaramai, banyak.Baru sopuluh taon kawen dah bokiak anake.[bA.Äu s.pu.lh tAon kA.wen dAh b.ki.jA/ A.nA/.E]Baru sepuluh tahun kahwin, sudah ramai anaknya.
tok paroi[t/ pA.čj] gelaran untuk harimau.Ramai orang tosorompak tok paroi kek gunung angsi.[ÄA.mAj .ÄAN t.s.čm.pA/ t/ pA.čj kE/ gu.nuN AN.si]Ramai orang terserempak harimau, di Gunung Angsi.
tuyong[tu.joN]kata kerja2. tumbuk.Tukang ubek tu kono tuyung dek orang ramai.[tu.kAN u.bE/ tu k.n dE/ .ÄAN ÄA.mAj]Tukang ubat itu kena pukul oleh orang ramai.
jimban[dZim.bAn]kata adjektifberkenaan tubuh badan bayi yang montel, mungkil.Anak sulung misi tu jimban boto, ramai goram kek diyo.[A.nA/ su.luN mi.si tu dZim.bAn b.t ÄA.mAj g.ÄAm kE/ di]Anak sulung misi itu montel betul, ramai geram akan dia.
cipeh[tSi.pEh]kata kerjacelupar.Mulot kaw cipeh bona, kalu camni ramai kawan ekau lari.[mu.lt kAw tSi.pEh b.nA kA.lu tSAm.ni ÄA.mAj kA.wAn E.kAw lA.Äi]Mulut kau celupar benar, kalau macam ini ramai kawan engkau lari.
tosuga-suga[t.su.gA su.gA]kata kerjatersedu-sedu.Ramai sedaro maro tosuga-suga maso monganta jomaah aji kek Klano Jayo.[ÄA.mAj sE.dA.č mA.č t.su.gA su.gA m.NAn.tA dZ.mA.Ah A.dZi kE/ klA.n dZA.j]Ramai sedara mara tersedu-sedu, semasa menghantar jemaah haji di Kelana Jaya.
lukuih I[lu.kuih]kata kerjabertungkus lumus.Orang-orang ponanggah lukuih bokojo kek dapo sobab totamue ramai.[.ÄAN..ÄAN p.nAN.gAh lu.kuih b.k.dZ kE/ dA.po s.bAb t.tA.mu.E ÄA.mAj]Orang-orang penanggah bertungkus lumus bekerja di dapur kerana tetamunya ramai.
torimbeh[t.Äim.bEh]kata adjektifterlayan.Kondori rumah Tok Lelo Tajo jumputane tolalu ramai, tak torimbeh tuan rumahe.[kn.du.Äi Äu.mAh t/ lE.l tA.dZ dZm.pu.tAn.E t.lA.lu ÄA.mAj tA/ t.Äim.bAh tu.wAn Äu.mAh.E]Kenduri rumah Tok Lela Raja jemputannya terlalu ramai, tidak terlayan tuan rumahnya.
bodayah[b.dA.jAh]kata adjektifberkenaan makanan yang banyak.Makanan kek rumah orang kawen tu bodayah sobab ramai yang tak datang dek ujan lobek.[mA.kA.nAn kE/ Äu.mAh .ÄAN kA.wen tu b.dA.jAh s.bAb ÄA.mAj .ÄAN tA/ dA.tAN de/ u.dZAn l.bE/]Makanan di rumah orang kawin itu banyak sebab ramai yang tidak datang kerana hujan lebat.
12

Kembali ke atas