Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Banyak lintah di paya dalam,
     Ramai orang menangguk udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Rasa tak sabar masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sebagai anak-anai bubus.

Bermaksud :

Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beza penggunaan 'ramai' & 'banyak'. bina sebanyak ayat menggunakan perkataan 'ramai'Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Contohnya i. Ramai/banyak orang berkumpul di dalam dewan itu. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum.Tatabahasa26.01.2009
berkejar-kejaran sama maksud dengan kejar-mengejar? terima kasih.Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­ menghambat (buru-memburu). Contoh ayat, Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid menaburkan padi. Menurut Kamus Pelajar, kejar-mengejar pula bermaksud berlari kerana hendak menangkap, menyerang dan lain-lain. Contoh ayat, Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.
Lain-lain03.09.2021
slm. soalan: ramai/banyak orang yang betul?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa15.07.2010
Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan ramai dan banyak ?Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Contohnya i. Ramai/banyak orang berkumpul di dalam dewan itu. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum.Tatabahasa29.10.2008
an 'ramaiAsalamualaikum. 1.Penggunaan kata 'banyak' dan 'ramai'. Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan. Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan.Mana lebih tepat dan rasionalnya. 2. Perkataan Melayu yang sesuai bagi menggantikan kata on line. 3. Buku itu mengandungi latih tubi soalan PMR. Buku itu mengandung latih tubi soalan PMR.Sesuai atau tidak ayat tersebut menggunakan perkataan mengandung.Kalau betul apakah rasionalnya?.

1. Banyak boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, banyak merujuk bilangan jumlah, dan ia sama dengan makna ramai. Walau bagaimanapun dalam ayat yang diberikan, lebih sesuai digunakan "Ramai Pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan".

2. Padanan bahasa Melayu bagi "online" ialah "dalam talian"

3. Yang sesuai ialah penggunaan perkataan "mengandungi" dan telah biasa digunakan dalam bahasa Melayu berbanding dengan "mengandung" yang digunakan dalam bahasa Indonesia bagi ayat di atas. 

Tatabahasa11.08.2009
Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Perkataan yang manakah paling sesuai? Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang?Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. 
Kedua- duanya betul. Yang paling sesuai ialah orang ramai.

Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? 

Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam.
Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
Tatabahasa21.09.2012
Salam sejahtera tuan. Ramai / Banyak orang mengerumuni di tempat kejadian itu ? sekian terima kasih.

Saudari,

Ramai orang dan banyak orang, kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.

Kedua-dua boleh digunakan, namun, penggunaan kata ini berdasarkan konteks ayat yang dibuat.

Ramai orang menggerumuni tempat kejadian adalah ayat yang sebetulnya.

Terima kasih.

Tatabahasa13.08.2012
Betul atau tidak penggunaan 'ramai' sebagai adjektif untuk 'keluarga' dalam ayat ini, "Menjadi pilihan ramai keluarga." Apakah adjektif yang sesuai digunakan untuk menggantikan 'ramai', jika saya gunakan 'banyak'?Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi, iaitu ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan, manakala perkataan banyak boleh digunakan bagi maksud bilangan. Berdasarkan makna tersebut "pilihan ramai/banyak keluarga" boleh digunakan.Tatabahasa25.03.2016
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya?

Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya.

Tatabahasa04.09.2008
Hi, saya baru saja baca tentang ramai dan banyak dalam satu buku rujukan tatabahasa. Ramai ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG itu. Buku tersebut memberi penerangan bahawa penggunaan 'ramai' di sini tidak tepat ,sepatutnya guna' banyak ibu bapa....' tetapi kamus dewan memberi salah satu makna 'ramai' ialah banyak. 'Banyak' tidak boleh digantikan dengan 'ramai'?Perkataan banyak dan ramai boleh digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut kerana selain merujuk suasana yang ramai, perkataan ramai juga merujuk bilangan sama seperti banyak.Lain-lain14.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas