Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma.lan] | راملن

Definisi : Id ® Ramadan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma.lan] | راملن

Definisi : sesuatu yg diramalkan, dugaan, telah­an, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma.lan] | راملن

Definisi : sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramal
Kata Terbitan : meramalkan, ramalan, peramalan, peramal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ramalan hujan bagi kawasan A adalah “hujan lebat” akan berlaku dan hujan lebat ini dijangka berterusan. Manakala ramalan hujan bagi kawasan B pula adalah “hujan lebat yang berterusan” dijangka akan berlaku. Oleh itu yang mana lebih sesuai dan kurang mengelirukan jika ramalan kedua-duanya diletak bersebelahan. Kawasan A : “Hujan lebat dijangka berterusan” @ “Hujan lebat dan dijangka berterusan” @ “Hujan lebat yang dijangka berterusan” Kawasan B: “Hujan lebat berterusan dijangka berlaku”. Mohon kategorikan sebagai soalan peribadi dan tidak dikongsi kerana ini bagi pihak kawan di agensi lain. Sekian, terima kasih.Puan yang budiman,

Cadangan ayat yang sesuai untuk pertanyaan puan adalah seperti berikut:

1) Hujan lebat berterusan
2) Hujan lebat dijangka berterusan
Tatabahasa24.11.2017
Apakah ramalan Soalan yang Pmr yang sangat tetapSial kemukakan soalan tuan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia atau rujuk buku rujukan PMR yang ada membuat analisis kekerapan soalan dalam peperiksaan tersebut.Lain-lain31.05.2013
Jangan percaya pada/kepada ramalan tok nujum.Jangan percaya pada ramalan tok nujum.Tatabahasa20.12.2011
Ramalan cuaca menerangkan bahawa cuaca di kebanyakan nnegeri-negeri di Malaysia dilaporkan baik. Betulkah ayat ini ??Ayat yang betul ialah " Agensi ramalan cuaca menyatakan bahawa cuaca di kebanyakan negeri di Malaysia berkeadaan baik."Tatabahasa16.07.2013
Apakah perkatan lain yang sesuai bagi 'ramalan' untuk maksud weather forecasting.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu yang betul untuk "weather forecasting" ialah ramalan cuaca.Istilah13.01.2014
Untung nasib saya tidak disandarkan kepada/pada mana-mana ramalan manusia.

Kata Sendi Nama yang betul ialah pada: Untung nasib saya tidak disandarkan pada mana-mana ramalan manusia.

Tatabahasa01.12.2011
Penggunaan 'ramalan cuaca' ataupun 'tinjauan cuaca' lebih tepat dan kenapa? P/S Ini juga merujuk kepada perbezaan 'forecast' dan 'observation'.Bergantung pada konteks makna yang dimaksudkan sama ada mengambil makna forecast atau observation. Forecast diterjemahkan kepada ramalan; manakala observation diterjemahkan kepada pencerapan atau tinjauan.  Penyemakan dan penterjemahan10.08.2017
Mohon untuk pemeriksaan ayat Dalam Banting Yang dilampirkan1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan
2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018

Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain30.05.2018
Mohon pemeriksaan terhadap file yg dilampirkan utk pencetakan banting

1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan
2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018

Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Lain-lain30.05.2018
Pengertian konsep genre linguistik.

Soalan tuan/puan kurang jelas.  Walau bagaimanapun, linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.  Untuk keterangan lanjut, tuan/puan bolehlah merujuk buku Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004 atau merujuk kepada Persatuan Linguistik Malaysia.

Lain-lain13.01.2011
12

Kembali ke atas