Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahan-bahan yg diperlukan utk mem­buat sesuatu (kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): me­lain­kan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~; 2. rempah-rempah yg dipakai utk menyedap­kan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~-~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : ramuan

Tesaurus
 
ramu
Kata Terbitan : meramu, ramuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong nasihat samada minum sup boleh diterima atau tidak?Menurut Kamus Dewan, sup sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam: sup kambing. Oleh sebab sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang sesuai digunakan ialah "makan".Tatabahasa14.05.2015
Selamat pagi. Saya ingin bertanya, minum sup ataupun makan sup. Sekian, terima kasih.Mengikut Kamus Dewan ‘sup’ sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam; sup kambing. Oleh sebab, sup dikategorikan sebagai makanan,  maka kata kerja yang digunakan ialah makan. Tatabahasa13.08.2014
Rempah-ratus yang sesuai diperlukan bagi menhasilkan ramuan yang baik untuk resipi ayam rendang.(Adakah ayat ini betul?)Rempah-ratus yang sesuai diperlukan bagi menghasilkan ramuan yang baik untuk resipi rendang ayam.Tatabahasa04.10.2013
Adakah perkataan "as a result carry over from raw materials or other ingredients" yang diterjemahkan sebagai "berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain." dalam ayat di bawah ini tepat. Kami bercadang untuk menterjemahkannya sebagai "disebabkan dibawa masuk bahan mentah atau ramuan lain". Adakah perkataan "daripada" yang ditinggalkan dalam cadangan terjemahan ini dibolehkan. 389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients. 389.(5) Tiada suatu pun aditif makanan, selain daripada aditif makanan yang dinyatakan dalam ruang (1) Daftar II kepada Jadual Kedua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain.

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat “389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients.” ialah:





389.(5) Tiada bahan tambahan makanan, selain yang dinyatakan dalam lajur (1) Jadual II dalam Daftar Dua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan penambahan bahan mentah atau ramuan lain.
Makna18.07.2021
Salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk bunga cengkih? Ayat contoh: Puan Nurul meletakkan beberapa batang bunga cengkih dalam ramuan nasi minyak. Terima kasih.Untuk makluman puan, penjodoh bilangan untuk bunga ialah kuntum.

Puan Nurul meletakkan beberapa kuntum bunga cengkih dalam ramuan nasi minyak.
Tatabahasa26.12.2013
food ingredientsramuan makananLain-lain18.05.2009
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. 

Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas,  popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja).
Makna19.06.2018
Salam sejahtera. Harap DBP dapat memberi pengesahan sama ada penggunaan istilah "perotian" (penterjemahan dari "breading") dalam senarai ramuan pada bungkusan nuget ayam adalah sesuai atau tidak. Menurut carian kata laman DBP, istilah "perotian" disenaraikan sebagai istilah Bidang Perikanan. Adakah istilah "perotian" turut digunakan dalam bidang Sains Makanan?Salam sejahtera. Untuk penjelasan lanjut berhubung istilah, tuan boleh hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166. Terima kasih.Istilah08.08.2014
Selamat sejahtera, Adakah "Bubur sup" sesuai digunakan bagi terjemahan "congee"? Apakah perbezaan antara bubur nasi (porridge) dan "congee"? Terima kasih.Daripada hasil pencarian kami, congee merupakan sejenis bubur yang menggunakan beras sebagai ramuan utama. Padanan bahasa Melayu yang hampir ialah bubur nasi.Penyemakan dan penterjemahan27.03.2015
Adakah terdapat padanan lain yang lebih sesuai bagi perkataan “such that” selain “sedemikian banyak” sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: Jika sesuatu sediaan makanan mengandungi mana-mana makanan yang dinyatakan dalam Jadual Keenam sebagai ramuannya, amaun bahan pengawet yang dibenarkan dalam sediaan makanan tersebut hendaklah sedemikian banyak supaya apabila dinyatakan sebagai peratusan bagi amaun yang dibenarkan untuk ramuan itu sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Keenam, peratusan itu tidak boleh melebihi kadar peratusan ramuan itu yang terdapat dalam makanan tersebut.

Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan “such that” dalam konteks tersebut ialah sebanyak yang dinyatakan.

Makna28.05.2021

Kembali ke atas