Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ca/] | رانچق

Definisi : 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampung­nya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantik­­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : Jw; merancak menetak(-netak), memenggal(-menggal), mengerat(-ngerat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : Jw; serancak seperangkat gamelan; rancakan sj alat gamelan (sj para-para yg dibuat drpd kayu utk menaruh bonang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : 1 cepat dan riang (bkn irama muzik, rentak tarian dll). 2 sungguh-sungguh; giat; aktif: Projek pembinaan jalan raya itu sedang ~ diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancak (adjektif, adv)
Bersinonim dengan aktif, giat, tangkas, cergas, pantas, ligat, laju, cepat;,
Kata Terbitan : merancakkan, kerancakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
galopadegalopadKesenianTiadaDansa rancak Eropah abad kesembilan belas.
galopgalopKesenianTiadaTarian rancak Eropah abad kesembilan belas.
furiant (Cz)furiantKesenianTiadaTarian rancak Bohemia.
can-cancan-canKesenianTiadaTarian rancak Perancis.
allegroallegroMuzikTiada

Tempo muzik yang rancak dan laju.

inactive marketpasaran lembapPentadbiran PerniagaanTiadaPasaran yang tidak rancak dengan volum dagangan bagi keseluruhan pasaran adalah kecil, iaitu tidak banyak pesanan belian atau jualan yang diterima oleh broker-peniaga daripada pelanggan.
inactive tradingdagangan lembapPentadbiran PerniagaanTiadaUrus niaga yang tidak rancak, iaitu situasi pesanan belian atau jualan sangat kurang baik bagi sesuatu sekuriti ataupun pasaran keseluruhannya dengan jurang antara harga tawar dengan harga bida agak besar.
frischfrischMuzikTiada

 1. Gaya yng cergas dan rancak. 2. Gaya persembahan yang menonjolkan kesegaran dan keriangan dari segi perwatakan karya muzik.

alla marciaalla marciaMuzikTiada

Persembahan muzik dalam gaya berkawat, biasanya rancak dan cepat. Setiap bar mempunyai dua detik nilai not minim utama.

perpetuum mobileperpetuum mobileMuzikTiada

 Karya muzik instrumental yang berirama rancak dari mula hingga akhir secara berterusan. Corak ritmanya dibentuk hanya dengan satu jenis nilai ritma sahaja, iaitu semi-kuaver.

12345

Kembali ke atas