Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebungnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Melentur buluh biarlah "dari" rebungnya atau "daripada" rebungnya. ...sebab ada yg kata tidak boleh diubah dan mesti ikut yang asal..sedangkan kalau ikut tatabahasa. ..daripada....mohon penjelasan...tqPeribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung".Lain-lain21.05.2013
"melentur buluh biarlah dari rebungnya" atau "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" yang mana satu betul? kena menggunakan dari atau daripada?Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Melentur biarlah waktu rebung”. Walau bagaimanapun, jika dari segi tatabahasa, penggunaan yang betul ialah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.Tatabahasa20.12.2021
Salam Sejahtera. 1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 2. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 3. Melentur biarlah waktu rebung. No 1 banyak digunakan oleh masyarakat. Tapi kamus menyatakan yang tepatnya no 3. Mohon penjelasan.Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu tercatat peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Jika peribahasa "Melentur buluh biarlah dari/daripada rebungnya" tercatat dalam mana-mana sumber yang sah seperti buku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh diterima pakai khususnya untuk tujuan peperiksaan.Tatabahasa08.01.2017
melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biar daripada rebungnya. Penggunaan dari atau daripada. Terima kasih

Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, peribahasa yang diberikan ialah melentur biarlah waktu rebung.

Tatabahasa21.07.2011
melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biarlah daripada rebungnya

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu: Melentur biarlah waktu rebung.

Lain-lain26.03.2009
salam, 1.melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biarlah daripada rebungnya...mana satukah yang betul dari atau daripada.?.. jika tatabahasa yang betul penggunaan daripada yang tepat.. namun adakah peribahasa boleh diubah ikut tatabahasa yang betul? 2. Indah khabar dari rupa atau indah khabar daripada rupa?Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung" dan "Indah khabar daripada rupa". Lazimnya bentuk peribahasa ini dikekalkan walaupun diulang cetak berkali-kali.Lain-lain23.06.2012
Anak-anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang kamil daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang kamil kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa boleh menunjukkan perasaan cinta akan patriotisme terhadap anak maka anak gemar akan meniru segala perlakuan daripada ibu bapa.Pada Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan dari Singapura sejak 1782 tahun. Salam,Tuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang baik daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang baik kepada anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukkan perasaan patriotik terhadap anak, maka anak akan turut meniru segala perlakuan ibu bapa mereka. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Sila pastikan fakta yang betul dan tepat.
Lain-lain27.01.2021
Salam. Adakah ayat di bawah ini tergantung? Bak kata peribahasa, "Hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya".Betul ayat tersebut menjadi tidak lengkap kerana tidak ada subjek yang menjadi inti ayat. Ayat yang lengkap seperti "Ahmad mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama sejak kecil agar mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti umpama peribahasa melentur biarlah waktu rebung". 


Tatabahasa05.06.2013
peribahasa ibarat burung, mata lepas badan terkurung. Tidakkah sebetunya begini; ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. dan kalau mahu melentur buluh, barlah dari rebungnya. terima kasihDalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, ibarat burung: mata lepas badan terkurung bermaksud tidak ada kemerdekaan. Peribahasa umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung pula bermaksud anak gadis dalam pingitan. Peribahasa melentur biarlah waktu rebung bermaksud mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi.Lain-lain08.04.2012
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju.

2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas.
3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa;  Melentur biarlah waktu rebung.
 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.
5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta.
7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti  bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan  yang terpermanai.
 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni.
 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta  hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk  mencapai negara yang bertamadun.

 

Tatabahasa24.08.2018

Kembali ke atas