Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.flék.si] | ريفليکسي

Definisi : (réfléksi) bayangan, gambaran (dlm cermin, fikiran, dll): inilah ~ mutlak drpd keperibadian Indonesia; puisi boleh me­nimbulkan sesuatu reaksi tertentu sbg ~ drpd kehidupan masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata refleksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan/puan/cik. Yang mana lebih tepat untuk slogan berikut: 1. REFLEKSI DIRI, PENGGERAK DAKWAH 2. REFLEKSI DIRI PENGGERAK DAKWAH Perlukah meletak koma? Terima kasih.Sebaiknya diletakkan tanda koma.  Walau bagaimanapun slogan ini kurang sesuai kerana tidak membawa makna.Lain-lain21.02.2017
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan.Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah:

Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai
Refleksi diri = Gambaran diri
Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya

Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang
Lain-lain17.10.2015
Adakah 'tagline' Bahasa Malaysia yang diberikan seperti lampiran di bawah, adalah refleksi terbaik untuk tagline dalam Bahasa Inggerisnya? Adakah translasinya tepat atau sesuai?Tukar "Kemungkinan tiada penghujung" kepada perkataan lain kerana maksudnya tidak jelas dan tidak difahami.Penyemakan dan penterjemahan05.12.2016

Kembali ke atas