Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.gu] | رݢو

Definisi : 1. pasukan (rombongan) orang bekerja: buruh di perkebunan itu dibahagi atas be­berapa ~; 2. pasukan (kesatuan) tentera yg terkecil (12 atau 14 orang): sepuluh perajurit gerila di suatu desa merupakan satu ~, tiga buah desa membentuk satu platun; 3. satu pasukan pemain dlm olahraga: empat pe­main, iaitu satu ~ dan seorang pemain sim­panan, akan bertolak dgn kereta; 4. Id go­longan, jenis (tumbuh-tumbuhan dll); beregu berpasangan (dua orang dlm satu pasukan yg bertanding): pertandingan per­seorangan dan ~ lelaki; meregukan membahagi-bahagikan atas be­berapa regu; ® gu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.gu] | رݢو

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok orang bekerja: Pekerja-pekerja di kilang itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 sepasukan pemain dlm sukan atau dlm olahraga: Malaysia telah menghantar ~ hoki dan bola sepak ke pertandingan Olimpik di Munich. 3 pasangan kpd seseorang pemain (dlm permainan berpasangan). beregu berpasangan. meregukan membahagikan kpd beberapa regu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
regu (kata nama)
Bersinonim dengan pasukan, kumpulan, pasangan;,
Kata Terbitan : beregu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Robiah damae saya belajar bahasa melayu dan saya ingin bertanya tentang bahasa apakah makna pasanganPasangan bermaksud sesuatu yang menjadi regu atau jodoh kepada sesuatu yang lain; satu daripada dua yang berpasang-pasang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pasangan.Lain-lain30.10.2015
Apakah istilah terjemahan terbaik untuk 'companion planting'?Untuk makluman, istilah "companion planting" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "companion plant" (bidang Pertanian) yang  padanan bahasa Melayunya ialah tumbuhan regu.Istilah29.03.2013

Kembali ke atas