Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.cat] | رنچت

Definisi : ; merencatkan menyebabkan ter­bantut atau terhenti, membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, per­cambahan spora, dan pembiakan seks kulat; terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerja­nya ~ kerana air pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya kanak-kanak); ~ otak terencat akal; keterencatan perihal atau keadaan terencat; kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau keupayaan mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu. perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga; perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain; bencat, gencat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.cat] | رنچت

Definisi : ; merencatkan menyebabkan terhalang atau tertahan (bkn pertum­buhan, pekerjaan dll); membantutkan: Kekurangan zat makanan ~ pertumbuhan pokok. terencat terhalang atau tertahan (bkn pertumbuhan, pekerjaan dll); terbantut: Pertumbuhan pokok itu ~ kerana kekurangan air. keterencatan keadaan terencat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencat
Kata Terbitan : merencatkan, terencat, kerencatan, perencatan, perencat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retardrencatKomunikasi MassaTiadaTiada
retardedrencatPendidikanTiadaTiada
retardrencatKejuruteraanTiada1. Struktur perlindungan tebing boleh telap, ditempatkan di kaki cerun dan selari dengannya dan mengunjur ke dalam saluran sungai, direka bentuk untuk menyemak halaju sungai dan mengaruhi pengelodakan atau pertumbuhan.,2. Mengeset pemasaan pencucuhan supaya bunga api berlaku lebih lewat daripada pemasaan optimum.
inhibitrencatKejuruteraanTiadaTiada
inhibitrencatPerubatanTiadaMelambat, menyekat atau menghalang sesuatu fungsi atau aktiviti.
inhibitrencatKejuruteraanTiadaTiada
inhibitrencatKomputerTiadaTiada
inhibitrencatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mentally retardedrencat mentalPendidikanTiadaTiada
mentally retardedrencat mentalSosiologiTiadaTiada
123

Kembali ke atas