vakum | vacuum | Ruang yang tidak mengandungi jirim dan mempunyai tekanan yang rendah. | Menengah Rendah |
konduksi | conduction | Proses pemindahan tenaga haba menerusi pepejal dari suhu tinggi ke suhu yang lebih rendah. | Menengah Rendah |
litar pintas | short circuit | Sambungan rintangan rendah yang melintasi sumber voltan. Litar ini menghasilkan aliran arus yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Menengah Rendah |
darah terdeoksigen | deoxygenated blood | Darah yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah, dibawa dari seluruh badan ke jantung dan kemudian ke paru-paru. | Menengah Rendah |
sel kering | dry cell | Sumber tenaga yang digunakan dalam peralatan elektrik yang bervoltan rendah. Sel kering digunakan dalam lampu suluh. | Menengah Rendah |
peresapan | diffusion | Proses pergerakan zarah dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah. Proses ini berlaku dalam medium pepejal, cecair dan gas. | Menengah Rendah |
penghibernatan | hibernation | Peringkat kebanyakan mamalia invertebrat dan vertebrat peringkat rendah menyesuaikan diri pada musim sejuk dengan cara merehatkan diri dan tidur untuk merendahkan kadar metabolisme. Contoh haiwan yang mengalami penghibernatan ialah beruang kutub. | Menengah Rendah |
air lembut | soft water | Air yang mengandungi garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum pada kepekatan yang rendah. Air ini mudah berbuih dengan sabun. Contohnya, air paip. | Menengah Rendah |
sifon | siphon | Tiub berbentuk seperti huruf U terbalik yang digunakan untuk memindahkan cecair dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
fius | fuse | Peranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |