Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah. | Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rendah gunung tinggi harapan. | Harapan yang sangat besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rendah dianjung tinggi, kecil diambak besar. | Kebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat. | Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak rendah sangkutan tinggi. | Besar belanja daripada pendapatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan lurah (= rendah) juga diturut air. | Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi disusupi, rendah dilangkahi. | Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. | Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi kelepur, rendah tikam. | Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi gelepur, rendah laga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi gelepur, rendah laga. | Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |