Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. goreng; pisang ~ pisang goreng; ~ kasturi kuih kasturi, kuih rengas; 2. sj lauk yg dibuat drpd daging dll yg dirempah-rempahi (dibubuh santan dan dimasak sampai kering): ~ Johor; ~ Padang; berendang yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang; merendang 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~ biji kopi; perendangan periuk (belanga dll) yg dipakai utk merendang. merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (réndang) rendah dan banyak daun serta cabangnya: di bawah pokok kayu yg ~ kelihatan sepasang manusia; merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya; merendangkan menjadikan rendang: dahan-dahan tertentu perlu dicantas utk ~ pokok itu; rendangan daun yg rendang: ia dilindungi oleh ~ pokok ceri; kerendangan perihal, keadaan atau sifat ren­dang: ~ pohon-pohon di situ dapat dijadi-kan tempat berteduh drpd pancaran mata-hari yg terik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (réndang) Kd; merendang me­ratib saman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (réndang) Kd sj perahu yg sempit lagi rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réndang/ banyak daun dan cabangnya (bkn pokok); rimbun: Mereka berteduh di bawah pokok ceri yg ~ di tepi padang. merendangkan menjadikan rendang: Dlm usaha utk ~ pokok-pokok itu, mereka mencantas dahan-dahan tertentu. kerendangan keadaan rendang: ~ menyebabkan pohon-pohon itu dijadikan tempat berteduh drpd sinaran matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 makanan yg dimasak dlm kuali dgn minyak atau tidak; makanan yg digoreng: ~ kesturi kuih yg dibuat drpd kacang hijau dll dan dimasak dlm kuali; kuih kesturi. 2 lauk yg dibuat drpd daging, ayam dll serta dibubuhi rempah dan dimasak dgn santan kelapa hingga kering. merendang 1 memasak sesuatu dlm kuali dgn minyak atau tidak; menggoreng: ~ bertih; ~ kacang. 2 memasak rendang: ~ daging. perendangan periuk belanga dll yg digunakan utk merendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendang
Rujuk :rimbun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canopy treepohon rendangLandskapTiadaPokok yang mempunyai kanopi rendang dan sesuai ditanam di kawasan taman dan pinggir j alan bagi tujuan teduhan. Contohnya, pokok pukul lima.
delinquescent formbentuk rendangPerhutananTiadaTiada
delinquescent growthpertumbuhan rendangPerhutananTiadaTiada
dry fryinggoreng kering; rendangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
shade treepokok teduhanLandskapTiadaPokok rendang yang menjadi tempat naungan dalam sesuatu landskap seperti pokok tamalan (Dalbergia oliveri).
crepitationpengertipanPerubatanTiada2. Berbunyi seperti bertih di rendang.
canopy foresthutan kanopiLandskapTiadaHutan yang terdiri daripada pokok rendang yang berbentuk seperti bumbung.
closed foresthutan rapatLandskapTiadaHutan tebal yang mempunyai kanopi rendang yang menghalang pancaran cahaya matahari.
canopied roadjalan teduhLandskapTiadaJalan yang dinaungi oleh pokok rendang atau bumbung. Jalan ini biasanya terdapat di taman-taman.
portion sizeukuran catuanPentadbiran PerniagaanTiadaUkuran bagi secatuan masakan, contohnya secatuan rendang ialah 100g.
12

Kembali ke atas